Monday 29 April 2013

Self Sufficiency Part I

Adapun membela kambing ni dah dijadikan satu pekerjaan oleh aku, target sebenar aku bukanlah nak jadi taukeh kambing besar-besaran. Sewaktu bermula aku dah niat dalam hati untuk membuktikan bahawa dalam dunia serba-serbi kena bayar ni, kita semua boleh lagi hidup dengan hasil tangan kita sendiri. Maksud aku, hidup dengan hasilan dari titik peluh kita sendiri. Sayur dari kebun, sumber protein dari ikan, ayam, kambing dan lembu belaan sendiri.

Aku kagum melihat org putih di Amerika sana, hidup dalam gaya "homestead". Hampir 90% yang dihidangkan di atas meja makan adalah dari  backyard mereka. Selebihnya diperolehi dengan sistem barter dengan orang lain.

Minggu lepas kali pertama aku makan lunch dengan 90% makanan dihasilkan di atas tanah ladang ni. Hanya beras yang dibeli. Selain dari nikmat kenyang, satu nikmat yang jarang-jarang diperolehi ialah kepuasan hati kerana menyedari yang makanan dimakan adalah yang dihasilkan tangan sendiri.Puas hati wa cakap lu. Ikan pancing kat kolam. Ayam kampung bela sendiri. Daging anak lembu belaan sendiri. Sayur dari kebun sempit tepi rumah. Beras je yang beli.

Aku pernah menyertai seminar sekuriti makanan pada tahun 2010 anjuran  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Seminar berlangsung selama sehari di PWTC. Target nya adalah untuk mendapatkan input industry players bagaimana nak capai targeted self sufficiency level menjelang tahun 2020. Time tu data yang ada bagi daging lembu (sebab aku terlibat dalam lembu pedaging) lebih kurang 20%. Ayam dan babi masing-masing dan melebih 100%. Aku pun punya la syok kat dalam bengkel menulis suggestion kepada Menteri Pertanian bagaimana caranya nak meningkatkan SSL kita. Antara cadangan aku ialah untuk mengurangkan kuota import daging beku. Ini supaya adanya insentif dari segi ekonomi kepada penternak dan pembiak. Aku rasa inilah satu-satunya langkah yang paling wajar bagi kita untuk meningkatkan SSL kita. Mengurangkan kebergantungan kepada import. Macam di Indonesia dan Thailand. Daging kerbau low class dari India langsung tidak dibenarkan masuk ke negara mereka. No wonder pembiakan dan penternakan sangat maju. Ya memang ada penyeludupan, tapi tak mampu nak gugat industri mereka. Sehabisnya bengkel, menteri beri ucapan penggulungan bersama mengumumkan cadangan yang telah diterima dan akan dipertimbangkan. Tapi malangnya, cadangan aku langsung tak di ambil kira. Antara yang dikira ialah cadangan untuk membawa masuk lebih banyak baka pedaging superior dari negara luar (baca:untung kepada importer yang dapat tender).

Sejak dari itu, aku tidak lagi percaya dengan usaha murni untuk meningkatkan SSL negara. Lalu itu aku bertekad untuk meningkatkan SSL aku sendiri. Aku tak tahu apa jadi dengan SSL kita sekarang. Terbaru daging import dari negara Sudan dan Pakistan sudah berada di pasaran. Secara tersiratnya SSL kita semakin jatuh. Yang pasti lagi rendah dari tahun 2010.

Sampai bila kita nak bergantung dengan hasilan orang. Mendedahkan diri kita kepada turun naik harga komoditi dan juga tukaran wang. Membiarkan physical cash mengalir keluar dari negara seterusnya mendedahkan kita kepada serangan speculator. Seperti yang aku katakan.. the most important building block of a nation is the ability to produce its own food. Bukan MRT. Bukan bangunan pencakar langit.

Ok dah malas menaip. Sambung lain kali lah. Nak mandi.

Adios..

5 comments:

  1. I'm an avid reader of alwi's blog and by accident I stumbled upon your blog. Much to my suprise, you are starting up a goat farm this year which I am doing the same thing also and the best part is that I have totally the same thing in mind doing all this for the sake of self-sustainability. I cannot agree more with your statement that "The single most important building block of any nations is the ability to produce their own food."

    Saya rasa bersemangat sangat bro knowing that ada geng satu kepala kat luar sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Great minds think alike..Hahaha...good to know that I have somebody in commine out there too..goodluck bro..please do updates on your progress..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kami jugak begitu tuan Kambing Kampong dan tuan House of Goats. Selain drp .."ability to produce their own food", yang penting bagi kami ialah untuk mengajar/mendidik anak2 mengerti erti kesusahan..jangan hanya kenal kambing apabila dah jadi lauk saja, begitu juga jangan kenal ayam yang dah terhidang dalam pinggan saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam akak..saya pun oembaca blog akak juga..silent reader laa..cuma kalau boleh akak update lebih kerap supaya tak tertunggu-tunggu saya nak membaca perkembangan terbaru.

      Delete