Thursday 21 November 2013

Musim Hujan

Cabaran utama bagi aku adalah waktu sekarang. Musim hujan. Musim tengkujuh. Musim monsun. Takde la pulak aku nak sukat berapa inci hujan turun sejak beberapa hari ni. Tapi agak-agak dah nak masuk seminggu hujan tak henti-henti. Matahari pun lama dah tak nampak. Ikut forecast, hujan akan berlarutan selama seminggu lagi. Hmm..

Aku tak bimbang sangat pasal induk kambing sebab semuanya hardy. Tapi anak-anak kambing yang aku risaukan. Yang umur lebih kurang 3 hingga 4 minggu. Ikutkan rekod tahun lepas, akan ada yang jadi korban. Selsema dan sebagainya.

Aku tak pasang api, tak asapkan kandang. Malas nak buat semua benda tu. Banyak yang buruk dari baiknya pada hemat aku. Asap boleh buat kambing sakit mata,sesak nafas. Terutama anak-anak kecil.

Induk tetap meragut walaupun dalam hujan. Tapi kawasan ragutan agak terhad lah kerana mereka tak pergi jauh. Sesetengah kawasan pula akan ditenggelami air. Jadi dah hilang lah sebahagian kawasan ragutan. Ini lah period paling mencabar bagi aku. Kalau penyakit boleh lagi rawat. Basmi kuman dan sebagainya. Tapi faktor cuaca ini kuasa Allah swt. Cuma kena ingat, hujan itu rahmat.

Bagi kambing yang nampak selsema biasa, aku biarkan, kecuali selsema berat dan bunyi nafas yang tersekat. Susah bernafas. Aku bagi suntikan CPM-chlorphenaramine. Commercial name, Histamil.Tak bagi antibiotic. Tak perlu rasanya. Kecuali kes yang serius. Yang menjurus kepada pneumonia. Kambing yang selsema ni juga biasanya dehydrated. Jadi tengok atas keseriusan kes. Aku akan drench dengan air dan molasses untuk restore fluid dalam badan.

Aku harap akan ada interval bagi hujan ni. Semoga kami semua mendapat manfaat cahaya matahari sedikit hari lagi.

6 comments:

  1. ibu kepada anak anak umur 2 bulan ke bawah ada bagi supplemen?

    energy supply crucial for preventing deaths from colds.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan alwi..saya tak ada bagi supplemen apa-apa..hanya mum's milk semata. Apa supplemen yang dimaksudkan?

      Delete
    2. dedak untuk mak kambing yang beranak especially kembar dan ke atas.

      higher energy intake can prevent colds.

      but at the same time, lung worms can cause colds and pneumonia.

      Delete
    3. Terima kasih tuan.dedak mmg bagi lebih sikit utk ibu menyusu.anak2 memang tak bagi apa2 la..Cuma by 1 month akan slowly introduce greens.

      Delete