Friday, 5 December 2014

Ubat Cucuk dan Ubat Makan

Bila waktu sesuai untuk bagi ubat makan dan cucuk kambing?

Praktis di ladang aku, untuk deworm orally, aku ikut panduan pada label ubat Beri ubat oral sebelum kambing makan. Lagi lapar lagi bagus. Keberkesanannya lagi tinggi. Kalau aku discover seseekor induk harus deworm dan masa tu dah petang, aku tangguhkan kepada esok hari untuk deworm kambing tu.

Untuk ubatan lain yang perlu dicucuk, biasanya aku buat suntikan waktu petang, selepas mereka pulang dari meragut. Ini kerana, nak bagi kesempatan kepada kambing yang kena cucuk tu berehat sepenuhnya sebelum keluar meragut kembali keesokan harinya. Kalau buat suntikan sebelum keluar meragut, kambing boleh jadi stress dan kurang nak makan. Tambahan pula kalau silap suntik, sakitnya teramat dan kambing lagilah susah nak berjalan jauh untuk meragut.

Pengecualian kepada SOP ini ialah kecemasan seperti suntikan hormone oxytocin ketika kambing melahirkan anak dan kes kecemasan lain.

Penggunaan ubat sapu juga biasanya aku buat sebelah pagi. Tiada sebab spesifik. Itu saja untuk kali ini.

Salam hormat!!

4 comments:

  1. Bro, nak tanya..kenapa deworming cara oral....dan untuk apa pula disuntik?? Tq (Es Emdi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. White dewormer bagi oral..clear dewormer bagi suntik..tapi clear dewormer pun boleh bagi oral.kalau kambing kurus sangat.cucuk nanti sakit plak dia.

      Delete
  2. utk oral mmg elok bg sblum mkan..sbb bau bsuk sgguh wktu nk bg lpas mkn..mknn pnuh lg dlm mulut..xtahan weii..kihkih

    ReplyDelete