Dalam kesibukan aku ke sana ke mari memang ada aku terabaikan sedikit perihal 1st Colony dan ini telah memberi impak buruk kepada prestasi pembiakan.
Pengembala 1st Colony, kepala otaknya tidak seligat Ali di 2nd Colony. Mamat tidak mahir membuat pemerhatian sebagaimana Ali. Kesimpulannya, aku perlu memberikan input yang lebih. Selain itu, antara permasalahan yang sedang aku hadapi.
Pertama: Aku belum menjumpai pejantan gantian untuk 1st Colony. Pejantan sedia ada tidak mempunyai saingan dan aku lihat mood untuk mengawan seakan samar-samar. Memilih kepada induk yang muda dan saiz lebih kurang dengannya.
Kedua: Kecacingan teruk. Banyak induk mengalami kecacingan dari musim panas lepas. Untuk mengatasinya aku terpaksa memberi ubat cacing dan ini menyebabkan kadar keguguran yang tinggi. Rugi masa. Memanjangkan interval. Kondisi induk tidak subur bila terlalu kurus dan anemik. Sekarang ini, mana-mana induk yang tua dan anemik, yang aku kira tidak lagi ekonomik untuk dirawat, aku cull sahaja. Jualan daging buat belanja perolehan induk lebih muda.
Jarak jauh antara ahli keluarga kecil aku juga buat aku tidak dapat fokus sepenuhnya. Isteri di Johor kerana tugasan. Anak-anak bersama aku. Anak pertama dah nak masuk 6 tahun. Perlu mengikuti pra sekolah yang lebih intensif. Anak kedua masih membesar, umur setahun. Antara nak menjaga anak, nak beri perhatian kepada ternakan, kadang-kadang aku lemas dalam kesibukan untuk mengimbangi semua perkara.
Isk..
Salam hormat!!

situasi famili tuan memang mencabar. banyak masa habis dalam keta je. dan dalam keta memang x produktif kalau kita kena drive. Nak upah drebar, adusss...
ReplyDeletebanyak bersabar,Bro!! Hadapi cabaran dengan tabah!! Know u can do it!!(Es Emdi)
ReplyDeletebab berjauh dengan famili tu memang mencabar
ReplyDelete