Ayahanda aku telah pulang ke tempat asal kita semua menemui Sang Pencipta. Allahuakbar. Engkau lebih menyayanginya.
Pada 14hb Ogos 2014, aku bersama adik aku menemani arwah ayahanda menaiki penerbangan MH376 ke Guangzhou, China. Setibanya di sana, ayahanda nampak sedikit keletihan akibat perjalanan yang agak lama.
Kami tiba di Modern Cancer Hospital Guangzhou lebih kurang jam 4.00 pm. Aku dan adik mengemas barang-barang yang dibawa sambil menguruskan ayahanda supaya dia berasa lebih selesa. Seluruh tubuhnya dipicit untuk memberi kelegaan pada otot dan urat yang telah sekian lama sakit.
Pada keesokan harinya doktor memberitahu aku bahawa ayahanda layak untuk menjalani Immunotherapy tetapi sumber darah untuk terapi itu perlu diambil dari aku kerana bimbang ayahanda akan menjadi semakin lemah setelah diambil darahnya. Aku bersetuju sahaja. Apa sahaja untuk ayahanda aku. Bahkan kami adik beradik telah pun bersetuju untuk menderma sebahagian dari hati kami jika diperlukan. Cuma keadaan tumor atau kanser ayahanda aku tidak melayakkan dia untuk menjadi seorang penerima organ. Profile tumor nya adalah terlalu kompleks diikuti dengan thrombosis pada portal vein atau nadi utama pada hati. Saranan oleh pakar onkologi dari Singapura juga mengatakan ayahanda aku tidak sesuai untuk menjalani transplant mahu pun resection. Chemotherapy juga tidak menjadi pilihan. Hanya Sorafenib, iaitu chemotherapy dalam bentuk pil yang nyata terlalu rendah dosnya untuk menyembuhkan penyakit ayahanda aku. Sorafenib hanya mampu mengecilkan dan melambatkan tumor dari merebak.
Dari 15hb hingga 16hb Ogos 2014, ayahanda bersifat seperti biasa. Seleranya tetap tiada seperti sebelum ini. Ayahanda tidak boleh makan terlalu banyak kerana ascites (pengumpulan cecair di dalam abdomen). Jika terlalu banyak food or fluid intake, ayahanda akan merasa sekak dan muntah. Kami hanya beri ayahanda makan sedikit-sedikit menggunakan sudu. Pada pagi 17hb Ogos 2014, ayahanda mula tidur dengan nyenyak sekali. Berbeza dengan hari-hari sebelumnya bila dia sering mengejutkan kami ditengah-tengah malam untuk memicit betis, belakang dan mengusap perutnya kerana kesakitan. Tetapi pada hari itu ayahanda tidur senyenyaknya. Hanya bangun apabila dikejut untuk mengerjakan 5 waktu. Pada waktu maghrib ayahanda memberitahu kami yang dia sudah 4 bulan tidak merasai nikmat tidur yang begitu asyik kerana sering sahaja terganggu dengan sakit otot dan fikiran yang tidak tenang.
Pada keesokan harinya, ayahanda masih lagi terasa mengantuk. Pada hemat kami, ini tidak lagi normal, mana boleh ayahanda merasa sebegitu letih sehingga tidur lebih dari sehari suntuk. Pada tengahari 18hb Ogos 2014 doktor memanggil aku untuk berbincang berkenaan kesihatan ayahanda aku. Mengikut keputusan ujian darah terkini, buah pinggang ayahanda tidak lagi berfungsi dengan efficient. Ammonia build up dalam sistem tubuhnya yang menyebabkan perasaan mengantuk yang melampau. Aku juga mengambil bau air kencing ayahanda, nyata tidak ada bau hancing. Ini bermakna tiada ammonia yang ditukarkan kepada urea di dalam air kencing ayahanda. Aku semakin bimbang. Doktor memberitahu akan melakukan immunotherapy pada keesokan hari (selasa 19hb Ogos 2014) dan pusingan kedua pada selasa 20hb Ogos 2014 rabu.
Pada 19hb. Ogos 2014, dos pertama immunotherapy diberikan, respon awal terhadap terapi ini sangat memberangsangkan. Kulit dan wajah ayahnada segera menjadi kemerahan dan terasa hangat tidak lagi sejuk dan pucat. Tetapi keadaan ini hanya bertahan selama beberapa jam. Kemudian ayahanda kembali kepada keadaan asal iaitu mengantuk dan semakin tenat apabila percakapannya mula menjadi incoherent dan gerak-gerinya seperti jerking. Tanda isyarat dari otak kepada anggota badan semakin bercelaru.
Pada jam 11pm 19hb. Ogos 2014, ayahanda mengadu sakit seluruh tubuh. Sakit sendi. Tidak senang duduk seperti orang sakit nak melahirkan anak. Keadaan berterusan selama sejam. Selepas itu keadaan kembali tenang. Aku juga mengambil masa untuk berehat kerana terlalu keletihan. Jam 2am 20hb. Ogos 2014 aku dikejutkan dengan suara ayahanda mendengus kesakitan, kali ini katanya sakit pada bahagian bawah pusat dan tulang sulbi. Aku beristighfar sambil berzikir pada telinga ayahanda. Juga tidak putus berselawat pada junjungan besar manusia paling mulia, Muhammad s.a.w. Aku mengejutkan adik aku dan yang lain. Aku dapat rasa kan ayahanda tidak punya banyak masa berdasarkan pengalaman aku menjaga arwah bonda dahulu sehingga nafasnya yang terakhir.
Kami segera berwudhuk dan membaca surah Yaasin pada telinga ayahanda. Aku melakukan solat hajat agar dipermudahkan segala urusan jika terjadi sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Setelah itu, ayahanda mengatakan kesakitan tadi sudah hilang, tetapi terasa sakit pada bahagian dada pula. Ayahanda beritahu kami kesakitan dirasai seperti tertusuk sebatang kayu dari depan hingga ke belakang. Kami memanggil doktor dan jururawat. Mereka juga tidak dapat berbuat apa-apa melainkan beri subtikan painkiller dan cuba menstabilkan vitals ayahanda.
Setelah lebih sejam menanggung kesakitan di bahagian dada, ayahanda mula reda. Tetapi kali ini kesakitan beralih ke bahagian lehernya. Dia meminta air dari adik aku. Adik aku segera memberi ayahanda minum segelas air zamzam yang kami bawa dari Malaysia. Setelah diminum, dia katakan bahawa tidak hilang perasaan dahaganya itu. Kami tidak berhenti mengalunkan zikir, selawat dan istighfar. Sesungguhnya aku tak sampai hati nak ajar ayahanda mengucapkan kalimah syahadah pada masa itu. Kerana dia kelihatan seperti menanggung sakit yang normal dan sedar sepanjang masa akan keadaan sekeliling nya. Sehinggalah ayahanda membuka matanya, merenung ke atas. Aku tahu sekarang ayahanda sedang menghadapi sakaratul maut. Tiada lagi kata-kata dari mulutnya. Maka kami bisikkan kalimah syahadah pada kedua-dua belah telinganya. Tidak putus-putus kami ucapkan kalimah syahadah pada kedua-dua brlah telinganya. Kami usap dada ayahanda yang semakin lemah menarik nafas. Semakin jauh jarak antara dua nafasnya.
Doktor menasihatkan kami agar dibawa ayahanda ke ICU. Kami berbelah bahagi kerana keadaannya sangat tenat. Akhirnya kami akur bahawa yang terbaik adalah untuk bawa ayahanda ke ICU. Disana terdapat lebih banyak peralatan bantuan kecemasan dari bilik wad. Aku dan adik mengambil sedikit masa ketika ini untuk mengerjakan solat subuh. Setelah itu kami cepat-cepat pergi kw ICU.
Doktor dan jururawat bertungkus lumus untuk menyelamatkan ayahanda. Tapi aku tahu, perkara yang paling kami bimbangkan tidak dapat dielakkan lagi. Denyutan nadi pada paparan skrin semakin lemah. Tahap pernafasan sudah jatuh dibawah angka 10 setiap minit. Tekanan darahnya juga terlalu rendah. Doktor melakukan CPR pada ayahanda. Dan selepas beberapa ketika aku mengarahkan doktor supaya berhenti kerana aku tahu ayahanda sudah tiada lagi. Aku hampiri ayahanda pada sisinya dan menutup kedua belah matanya. Ya Allah. Kau lebih menyayanginya. Jam tepat menunjukkan 5.45am. Ini adalah kali kedua aku mengarahkan doktor untuk berhenti dari melakukan CPR. Kali pertama adalah pada 2005 bila doktor melakukan CPR pada arwah bonda aku dahulu. It took a lot in me just to hold up my hand in gesture to stop the doctor from continuing the CPR. Twice nonetheless.
Aku mengarahkan yang lain agar membaca surah Yaasin kerana ayahanda sudah tiada lagi. Aku dan adik balik dan bersiap menghimpunkan segala kelengkapan untuk menguruskan jenazah. Aku sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab ini. Namun ianya tidak mudah kerana kerenah birokrasi yang amat kuat di negara China. Jenazah telah dibawa ke rumah mayat milik majlis perbandaran. Mereka mempunyai kakitangan khas dan kami tidak dibenarkan untuk menguruskan jenazah sendiri. Pelbagai syarat dikenakan untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia. Perlu diawet, segala dokumentasi mesti lengkap, perlukan agen untuk menguruskan penghantaran dan ini semua perlukan belanja yang tinggi. Kami amat berterima kasih kepada rakan-rakan arwah ayahanda yang banyak membantu mempercepatkan proses penghantaran jenazah. Adik-beradik ayahanda yang sanggup menolong. Kakitangan kedutaan Malaysia di Beijing dan Pejabat Konsul Malaysia di Guangzhou kerana tidak jemu menolong kami. Special mention, En. Razak ( Consulate General), En. Nagandran ( Vice Consul), En. Suresh ( staff Matrade).
Syukur kepada Allah s.w.t., jenazah tiba di KLIA pada jam 7.10pm 22hb. Ogos dengan penerbangan MH377. Jenazah dibawa ke Pengkalan Udara TUDM Subang dan diterbangkan ke Kota Bharu dengan pesawat TUDM C-130 Charlie. Terima kasih kepada juruterbang Mejar Mardiana dan Pembantu Juruterbang Kapten Irwan.
Jenazah selamat dikebumikan pada jam 11.30pm setelah disolatkan sekali lagi di rumah keluarga kami di pasir pekan.
Al-fatihah
Hj. Noor Zahidi Bin Hj. Omar
12/11/1957 - 20/08/2014

Takziah dan Alfatihah. Semoga rohnya berada di dalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh....Aminnn
ReplyDeleteTakziah,Bro!! Sungguh bertuah Allahyarham kerana meninggalkan zuriat yang mengasihi ibu-bapa mereka!! Semoga ruh-ruh Ibu dan bapa anda ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin!! (Es Emdi)
ReplyDeleteAlhamdulillah..Thanks for sharing abe dak..Semoga Arwah Pa ditempatkan dikalangan orang yg beriman..Amin
ReplyDeleteTakziah diucapakan di atas pemergian ayahanda tersayang. Saudara telah melakukan yang terbaik untuk beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham.
ReplyDeleteUntuk pengetahuan saya akan berangkat ke tanah suci pada 26.9.2014.
drpdanya kita datang dan kepadanya kita akan kembali..takziah diucapkan smoga rohnya di tmpatkn dkalangan roh org yg beriman..
ReplyDelete