Sumber air minuman utama untuk kambing aku adalah dari sebuah kolam sebelah kandang aku. Tak sampai 15 meter pun. Kolam ini pula bersambung dengan paya yang menjadi sempadan semulajadi kawasan ladang aku.
Kolam ini akan terputus hubungan dengan paya jika kemarau panjang berlaku. Ianya mempunyai mata air sendiri, tetapi tidak terlalu besar. Setahun sekali kolam ini akan dipenuhi air banjir dan menyebabkannya bersambung dengan kolam najis utama selain dari paya yang sedia ada.
Jika dilihat pada kualiti airnya, tiada sebarang masalah. Seperti air kolam yang lain. Tetapi aku telah mendapat pengajaran yang amat bermakna dari pemerhatian yang kurang bijak ini.
Pertama: kumpulan betina keluar pada awal pagi, jam 9:30 ke 10:00. Kawasan ragutan mereka adalah lebih luas sehingga ke hujung kawasan ladang. Sumber utama air minuman mereka adalah dari kolah air yang aku letakkan di tempat-tempat strategik. Aku isikan air di dalam kolah ini selain dari air hujan. Kumpulan kambing ini juga akan buat pit stop dekat satu kolah air sebelum memasuki kandang. Jarang mereka kelihatan minum air(dari kolam) di dalam kandang. Ringkasnya, sumber utama air minuman adalah dari air paip dan air hujan.
Kedua: kumpulan kambing jantan yang digemukkan dilepas meragut jam 3:00 petang. Kawasan ragutan hanya di sekitar kandang. Di sebelah pagi telah diberi dedak. Mereka meragut sambil bermain. Di kawasan ragutan berdekatan kandang tiada kolah air seperti yang diceritakan tadi. Sumber air minuman utama adalah dari kolam bila mereka minum dari drinker di dalam kandang.
Pemerhatian: kumpulan kambing jantan bagi tujuan penggemukan mengalami masalah kecacingan serius semasa aku balik bercuti 2 hari dari menjaga ayahanda aku. Kecacingan erius sehingga 4-5 ekor yang anemic.
Ini semakin pelik, kerana kumpulan jantan ini dilepaskan pada waktu petang, risiko kecacingan dari rumput dan tumbuhan sepatutnya hampir tiada kerana keadaan yang kering. Kumpulan betina yang dilepaskan pada waktu pagi mempunyai risiko yang lebih tinggi tetapi tidak mengalami kecacingan yang serius.
Pemerhatian lanjut: sejak 2 bulan lepas cuaca kering melampau. Kolam air utama surut sehingga menyebabkan terputus dengan paya. Mata air di dasar kolam yang kecil tidak mampu mengeluarkan air secukupnya. Paras air kelihatan lebih rendah dari kebiasaan. Setelah kemarau panjang selama 2 minggu atau lebih akan ada suatu hari di mana hujan akan turun dengan lebatnya untuk sehari. Hujan membasahi kawasan kandang dari atas menyebabkan air mengalir membawa najis ke dalam kolam. Air kolam bertukar menjadi hitam.
Penjelasan yang paling logik ialah kolam air utama sekarang sedang sarat dengan parasit.
Penyelesaian: aku menukar sumber air kepada air perigi/boring. Sepatutnya aku lakukan dari awal usaha penternakan. Bukannya tunggu bila dah jadi macam ni. Tapi aku hanya manusia biasa dengan attitude biasa. I learnt my lesson the hard way. Sudah terhantuk.
Rakan-rakan, aku nasihatkan supaya invest dalam perigi/boring atau rain harvesting. Pastikan air minuman untuk kambing adalah dari sumber yang anda sendiri sanggup minum dan beri pada keluarga anda.
Salam hormat!!

TQ. Lama tunggu update
ReplyDeleteAlways a pleasure. Terima kasih sbb membaca
Deletememang logik..samada air 'tercemar' dan/atau rumput 'dalam air'. sebenarnya, sebahagian rumput berada atas air 'tercemar' dan sentiasa basah walaupun musim kering
ReplyDeleteRasanya lebih kepada air tercemar. Ada kambing saya yang kakan rumput yg tumbuh di atas permukaan kolam kumbahan.seperti meranduk. Basah kaki dan bawah perut bila meragut. Tapi tak ada masalah cacing. Bertentangan dengan instinct yang mengatakan kolam ini sarar dengan parasit. Cumanya kambing tu meranduk bila cuaca panas dan dalam keadaan kering.
DeleteBuatlah yang terbaik untuk ayahanda, Saya berdoa agar tuan menemui jalan terbaik untuk beliau. Untuk pengetahuan saya akan berangkat ke tanah suci pada pertengahan bulan Sept. 2014. dan saya akan berdoa agar tuan menemui jalan yang dicari. sekian, tolong doa agar saya dikurnia haji mabrur.
ReplyDelete