Thursday 9 April 2015

Ayam Aku Dapat Anak

Pengalaman baru untuk orang macam aku. Aku bela kambing. Mana penah bela ayam. Ni first time dapat anak ayam. 10 ekor semuanya. Tapi satu dah selamat kena penyek dengan PayPay. Gurau kasar sungguh anjing tu.

Gambar semua tak ada sebab ibu ayam dah bawa anak ayam keluar. Tinggal 2 ekor je dalam bakul. Baru-baru je menetas. Aku tolong kopekkan kulit tu nak bagi senang anak 2 ekor ni keluar. Comel sungguh. Sangat independent.



Misi utama aku bela ayam ialah untuk keberlangsungan hidup supaya tidak terlalu bergantung kepada ayam kat kedai tu. Ayam ni antara binatang yang paling senang membiak. Paling murah untuk dibela. Daging ayam pula kaya dengan protein dan pelbagai vitamin. Tambahan pula ayam aku ni tak diberi makan dedak langsung. Hanya sisa dapur, cacing dan ulat bawah kandang kambing dan serangga terbang. Kutu pun makan juga. Totally natural lah kiranya dan ada juga benefit sampingan kepada alam sekitar (ejen kawalan serangga, kutu dan lalat) Tak sabar aku nak tunggu anak-anak ayam ni membesar. Nanti boleh lah sembelih dan makan ayam kampung original. Betul-betul organik, free range bird.

Salam hormat!!

3 comments:

  1. Salam n SANSAW.Apakah kah rasionalnya bela ayam n kambing dlm satu habitat?...betul ada pro n connya.tapi borong tiong belakang kerbau yg datang belakang kbg saya habis aku hambat kerana .....tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam n SANSAW pak puteh. Ambo bela dalam satu habitat..tapi bukanlah banyak ada la dalam 4 ke 5 ekor. Setakat ni membantu dengan memakan pepijat,kutu Lalat dan lain2.

      ada juga guna dia untuk bersihkan palung makanan yg ada sisa dedak sebelum ni. Kita subcontract semua kerja ke binatang lain. Baru tercapai harmonis.

      Delete
    2. den pun bela ayam,kambing,biri dan lembu dlm satu habitat yg sama..tp ayam dan lembu bebas mragutlah..bgusnya mcm bro ECH bgtau ayam jd cleaner utk lbihan mknan..yg xbgusnya ayam ni duk brtlur n tidor di kandang kmbg wlaupun ada reban sndri...elok mmbiak ayam ni.time raya boleh bt lauk rending ayam kmpung..

      Delete