Tuesday 28 April 2015

Tiap Kali Pun Kena Bagi Tahu

Acap benar sembang baik dengan customer, rakan-rakan, sedara-mara dan orang awam. Banyak kali kena perjelas dekat mereka bahawa karkas "kambing" import, tak kisah la Australia ke New Zealand, sebenarnya bukan kambing. Itu semua biri-biri. Ada yang dapat terima sebagai pencerahan, ada yang muka terkejut dan ada juga yang tak percaya.

Karkas kambing: pic Google

Karkas biri-biri: pic Google


Senang cakap kalau nak beza tengok pada subcutaneous fat, lapisan lemak bawah kulit tu. Biri-biri miliki ciri yang sama macam lembu. Karkas diselaputi lemak. Itu yang bakar sedap, berminyak, tak kering. Kalau kambing karkasnya agak lean, kurang lemak, cepat kering kalau dimasak dengan haba tinggi.

Istilah lamb, mutton tu satu perkara yang buat orang keliru juga. Kat sekolah dulu mutton, cikgu kata daging kambing. Lamb tu anak biri-biri. Pening orang kita.




Pernah satu orang pelanggan dari kalangan pengusaha restoran was-was dengan produk aku. Aku potong kiub pakai band saw jadi secara pandangan kasar nampak macam imported mutton cubes. Dah la jual harga murab. Bila dah was-was, terpaksa tunjuk kepala kambing. Baru hilang rasa ragu-ragu tu. Iya la, sampai bila nak cincang pakai parang atau kapak. Dah la tak cantik, serpih tulang masuk dalam daging. Tu belum kira habuk kayu, selumbar dari papan pemotong. Ini dah kira masuk dalam soal toyyib. Halal tu dah semestinya. Belum kira soal kemudaratan bila tertelan habuk kayu atau tergigit serpihan tulang sampai patah gigi.

Aku rasa penjelasan memgenai perbezaan ini suatu kerja yang berterusan. Kena explain setiap masa supaya kesedaran tu makin meluas. Ya, time sekarang ni semua orang pun nak berjimat, kalau boleh nak beli yang paling murah. Tu yang selalu persoal kenapa "kambing" import murah dan kambing lokal mahal. Satunya, "kambing" import tu bukan lah kambing. Keduanya biri-biri import tu adalah by-product, tu pasal lah murah. Ketiganya abundance, bila dah banyak, tentu sekali ada economic of scale dalam production, maka dapat lah jual dengan harga murah.

Tapi harga jualan daging kambing aku sekarang ni pun takde lah mahal sangat pun. Post banjir, post GST harga baru RM32/kg. Aku rasa susah dah nak lawan harga tu. Ke ada yang jual lagi murah?

Salam hormat!!


3 comments:

  1. Dear En. El Cabras,

    I found your blog while researching for goat/sheep farms in Malaysia. I am a researcher from University Malaya, working on parasites that can cause disease in human and animals. Previously, we have looked at ticks (kutu babi) from wild boar, dogs, cats, cattle, and found that they carry bacteria that can cause disease. I wonder if goats and sheeps are affected by ticks, apart from the usual worm problem. May I contact you for some information gathering?

    Thank you very much.

    Best regards,
    Jing Jing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Jing Jing,

      Text/whatsapp me at 0192152599

      Delete
  2. Salam n SANSAW.Jing Jing.Bagus.memang bagus.susah nak jumpa orang macam u.4 u info.masyarakat dunia dah buat research .mereka jumpa phatogen yg >>>>A.Capra diseases<<<<<<
    Yang membawa berbagai jangkitan kepada haiwan dan boleh menular kepada manusia.Itu orang lain punya research.Saya bagi u ruang dan peluang untuk Membantu membuat "Genuein Research and Fact ang figuere".Bila dapat hasil penyelidikan jangan habis disitu aja.Mohon Grand baru untuk
    buat reasearch When,Where,Why and What.after that ofcoures "HOW to overcome the Problem".tqdari SPPHR.
    My Name:Mr.Puteh Sahad
    e-mail: putehsahad54@gmail.com.

    ReplyDelete