Wednesday 8 April 2015

Suasana di Kuala Krai

Hari ni aku pergi ke Kuala Krai untuk menghantar ration dan ubatan kambing.

Alhamdulillah semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Semakin galak. Yang anaemic pun semakin sihat. Anak-anak kecil pun semakin kuat. Malah sudah ada yang turun meragut bersama kawanan induk walaupun hanya berusia 40 hari.

Cuaca di Kuala Krai amat panas. Sangat panas. Buat kambing aku stress. Balik je dari meragut tercungap-cungap. Semua cari tong air. Anak-anak sibuk nak menyusu. Walhal ibu pun tak dapat nak hasilkan susu dengan baik.

Cara aku nak kurangkan stress ini tidak lain hanya dengan memberi campuran stress pack. Anti stress mix. Apa sajalah yang korang panggil. Pelbagai jenama, mixture yang ada kebelakangan ni. Aku pun pening nak memilih. Aku beli dari Lazuli tempoh hari. VP 1000. RM15 untuk 100 gram. Good for 200 liters or so of water. Put in more of the mixture or reduce the volume of the water if the weather or condition is too extreme.

Kambing aku indifferent dengan penggunaan VP 1000. Takde kerenah sangat mungkin terlalu dahaga. Baik yang kecil atau besar. Semua minum tanpa ada rasa curiga bahawa aku telah menyelitkan bahan asing dalam air minuman mereka. Baguslah.

Untuk anak-anak yang masih menyusu pula, aku supplement dengan milk replacer. Extremely hot weather takes toll on the does and this also affects the quantity of milk being produced. Yang beranak dua jadi tak cukup susu. Hanya satu yang dapat. Tambahan pula aku mengamalkan polisi 100% forage. Tiada sebutir dedak pun. Bagi aku, mengikut perkiraan aku, lebih ekonomik untuk memberi milk replacer kepada anak daripada beri concentrate kepada induk untuk hasilkan susu. Kesannya direct, tak perlu konar-konar.

Apapun aku bersyukur proses adaptasi dan asimilasi berjaya. Dalam keadaan kritikal dengan cuaca panas extreme, tahap stress kambing perlu diperhati dan dibendung. Kerisauan utama bila kambing terlalu stress, boleh membawa kepada kematian. Sama ada heat stroke( 1 ekor korban), pneumonia - perbezaan suhu pada siang hari dan malam.

Sebaiknya perhatikan tanda-tanda gejala stress. Antaranya ialah kambing kurang makan, lesu, pucat, tercungap-cungap, demam, hidung berair dan bulu tidak kemas. Ini aku ceritakan stress berkaitan extreme weather dan adaptation terhadap tempat baru. Stress berkaitan benda lain, lain pula simptom nya.

Salam hormat!!

No comments:

Post a Comment