Friday 10 April 2015

Hati-Hati Dengan Anti Stress dan Electrolytes

Sekarang musim panas, tersangat panas. Untuk kawanan kambing yang sentiasa roaming mencari makanan sangatlah terdesah kepada risiko dehydration,heat stress dan sebagainya. Jika stress ini tak di tangani akan membawa kepada permasalahan yang lebih besar.

Dalam post yang lalu dan juga blog entry rakan-rakan pembiak lain, ada di ceritakan penggunaan anti stress dan electrolyte sebagai satu langkah untuk mengatasi stress ternakan.

Yup, perlu berhati-hati dalam memberi dos antistress kepada ternakan. Sedikit definisi, electrolytes adalah zat galian yang terdiri dari pelbagai kumpulan antaranya ialah magnesium, potassium, kalsium, sodium dan sebagainya. Komponen anti stress pula adalah seperti amino acids. Electrolytes tadi apabila bercampur dengan air akan mempunyai cas ion positive atau negative bergantung kepada unsur masing-masing. Tindak balas di luar dan dalam sel antara cas ion unsur-unsur tadi yang membolehkan fungsi saraf dan otot berlaku. Selagi unsur-unsur ini berada dalam keadaan equilibrium maka tindak balas cellular adalah optimum. Jika terkurang atau terlebih maka ternakan akan menghadapi keadaan yang dipanggil electrolyte imbalance. Keadaan yang boleh membawa maut. Bila ini terjadi, biasanya kambing akan mengalami kekejangan, jalan terhoyong-hayang. Pastikan diuretic drug sentiasa ada untuk flush lebihan electrolyte di dalam badan.

Bagi aku, timing pemberian electrolyte dan antistress ini sangat penting. Kekerapan juga harus di ambil kira. Untuk operasi aku, anti stress atau electrolytes hanya diberi bila cuaca terlalu panas dan aku jarakkan lebih kurang 48jam di antara dos. Tidak melebihi 3 kali dalam seminggu. Biasanya setelah 2 kali dosing, ternakan akan kembali kepada keadaan asal.



Seperti yang aku bagi tahu sebelum ini, aku menggunakan antistress buatan VP-1000 jenama Vetpharm. Ianya produk yang comprehensive. Lengkap electrolytes dan antistress. Ada kandungan Lysine tetapi tidak mempunyai apa-apa probiotik. Ianya bukanlah yang terbaik di pasaran tetapi cujup baik dah untuk kegunaan aku, harga pun takde lah cekik darah sangat walaupun selepas GST sebanyak 90 sen.

Orait..selamat menternak

Salam hormat!!




1 comment: