Saturday 2 November 2013

About Saanen II

Entry ini mungkin nak berkongsi pengalaman dengan Tuan Adil Sharom.

Aku mempunyai 3 ekor saanen buat masa ini. 1 pejantan, 2 dara. Induk yang sebelum ni dah arwah. Sebab anemic yang serius. Aku dah cuba rawat tapi dah sampai masanya untuk pergi.

Jadi saanen secara semi intensif ini sememangnya datang dengan risiko. Kecacingan adalah masalah utama. Tetapi ada perbezaan di antara saanen dewasa dan yang muda. 2 dara yang ada sekarang ini tiba di ladang aku semasa berumur lebih kurang 3 bulan. Cut short diorang punya lactation. Memang ada effect iaitu growth lambat. Bila tiba di ladang, diorang suka explore sendiri.  Makan daun-daun, rumput dan sebagainya. Pernah jadi kes cirit, terjangkit puru sehingga ada maggot infestation. Tapi Alhamdulillah,  survive dan thrive. Deworming untuk mereka hanya dilakukan bila perlu. Dengan kata lain unscheduled. They seem to be doing fine. Tersiratnya di sini kambing ini telah pun adapt dengan lifestyle semi intensif quite well for a non local breed. Ya, diorang local birth. But that doesn't change their DNA sequence, hereditary preferences and all the attributes associated with a temperate breeds.

Untuk saanen yang sampai ke ladang aku sebagai adult, memang diorang ni mengalami masalah penyesuaian diri. Bayangkan dari lahir dok kat atas kandang. Makan tanggung, sampai lahirkan generasi baru pun masih dalam petak yang sama. Tiba-tiba di suruh meragut, survive only on pastures and handful of goat pellets. Mahu terkejut beruk kambing tu. Ok, to associate two animals in a single sentence doesn't really make sense. Whatever.

Tapi aku percaya dari asuhan akan jadi amalan. Begitulah dengan anak-anak saanen ni. Dah diajar dari kecil untuk meragut, terdedah kepada parasit, hidup kampung, InsyaAllah selamat. Dan begitulah sebaliknya untuk kambing kampung. Aku pernah beli kambing borong 4 ekor yang dibela bawah tangga dapur. Tak pernah meragut. Makan rumput yang tuan dia beri dan juga sisa domestik dari dapur (lebihan nasi, sayur, buah, etc.). Bila sampai ke ladang..hanya anak-anak yang nampak okay. Thriving. Yang induk teruk dikerjakan oleh cacing. Selsema memanjang (lung worm), kurus dan anemik. Pelbagai cara dah digunakan, tapi macam takde kesan sangat. Sebab dah terbiasa dengan safe zone bawah tangga rumah yang takde parasit. Tapi anak-anak ni masih boleh dilentur untuk menjadi kambing yang hardy dan low cost.

Aku pernah terjumpa blog mat saleh mana ntah, lupa dah. They take pride on being the only/biggest free ranging dairy goat owner and milk producer in the UK. Maybe faktor parasit tak sehebat kita. Tapi it is not impossible. It could be done. Last note, kambing saanen aku masih lagi dalam keadaan dan bentuk yang lebih bulat dari yang ada dalam kandang asal Tuan dia yang aku beli dulu. Memang dah lumrah kambing kena turun meragut.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.





2 comments:

  1. Bro, I am still skeptical nak meluntur rebung ya ada kat kandang ni...takut-takut kena wipe out kat cacing lagi!! Unless yang jenama kampung,..baru boleh eksperimen!! Furthermore, rumput yang ada kat dusun ni memang selalu lembab...memang tempat parasite bergayut!!
    Satu perkara yang saya nak pastikan ialah bezanya tabiat kambing dan biri-biri. Pandangan rambang nampaknya kambing lebih kepada makan dedaun, sedangkan biri-biri meragut rumput...Kalau dibebaskan untuk meragut dedaun macam Prof Alwi buat, mungkin risiko dihadapi adalah manageable. Perlu banyak belajar lagi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..sekadar berkongsi.ladang saya yang banyaknya rumput.ada pokok utk dedaun.tapi not in great variety.

      Rumput banyak jenis.napier, rumput bulu, ulam pegaga alfalfa pun ada (tabur benih sendiri). Risiko Parasit di ladang saya amatlah tinggi. Sebab kawasan ragutan berhampiran kolam dan paya. Tapi ada betulnya darah kampung memang ada advantage utk melawan parasit. Saya yg jenis pemalas. Potong rumput/daun bagi kambing makan paling malas. Hehehe. Tu pasal lepaskan saja. Tawakkal-tu-al-Allah.

      Delete