Tahun ketiga aku menghadapi musim hujan sebagai seorang penternak. Rasanya lebih bersedia kali. InsyaAllah dipermudahkan.
Semalam hujan agak lebat, sepanjang hari. Kambig dilepaskan juga. Anak, induk, pejantan semua turun. Buffet satu menu, dedaun kayu di sediakan di teduhan di dalam kawasan ladang. Ramai yang memilih untuk makan disitu dan tak kurang juga yang memberanikan diri meredah hujan untuk meragut. Basah kuyup semuanya. Tapi asalkan perut kenyang.
Kumpulan pejantan tidak dilepaskan. Cukup sekadar makan daun kayu yang disediakan di atas kandang. Jam 4 petang kambing mula balik. Biasanya pukul 3 petang. Tapi bila cuaca redup, tak nampak matahari memang kawanan kambing aku jadi keliru. Seolah pengembara hilang bearing di kawasan luas. Semua dah naik. Kira seekor demi seekor, perasan ada 2 ekor yang hilang. Start motor cari. Puas cari dalam hujan. Anjing (Frankie dan PayPay) juga turut membantu. Sampai keluar kawasan ragutan biasa.
Jam dah 6 petang baru lah terjumpa 2 sahabat karib ni menyorok dalam rumah pam di hujung ladang. Baik punya port nak elak dari hujan. Frankie dan Paypay bantu guide diorang balik ke kandang. Good job!!
Hujan dijangka berlarutan sehingga Ahad ini. Laporan dari 2nd Colony setakat ini ok lagi. Tiada pneumonia, tiada demam, cuma selsema biasa. Harap-harap semuanya akan bertahan dalam masa 3 ke 4 hari ni sebelum boleh menikmati cahaya matahari sekali lagi.
Tak boleh mudah putus asa kalau musim begini. Kematian anak kecil juga mungkin akan meningkat tapi setakat ini toada tanda-tanda ke arah itu lagi. Kalau hujan tiada angin, taklah seserius yang datang bersama angin.
Serah pada Yang Maha Berkuasa. Tawakkal.
Salam hormat!!

I am trying to adjust during this raining season!! (Es Emdi)
ReplyDeleteComel nama paypay tu. Boleh buat post tak pasal diorang tu. Cara ajar cara makan, reban dia macammana and etc la.
ReplyDeleteKita serupa,hujan doh.Ambo doh mula mencerut (potong rumput).Kambing ambo dok makan tidur laa lo nii.Kesian nak bagi main hujan.Biar ambo laa main hujan.Kalu banjir susah le sikit nak cari rumput ni.
ReplyDeletePowernya darah katjang ni bro imran....
ReplyDelete