Wednesday, 5 November 2014

No More Dedak

Setakat hari semalam semasa aku buat lawatan ke Second Colony, aku sangat bersyukur kerana kambing disana cukup gemuk dan sihat walafiat kecuali untuk seekor yang memang tak mahu sembuh dari kecacingan teruk.

Kawanan di Second Colony tidak diberi sebarang bentuk supplement atau dedak. 100% browsing. Anak yang dilahirkan pun kadar tumbesarannya amat memberansangkan. Susu induk juga tidaklah sampai berkurangan. Kepelbagaian foraj di Second Colony memberi advantage kepada kemajuan kawanan kambing aku.

Dengan ini, aku akan menghentikan pemberian dedak di First Colony untuk mengikut jejak Second Colony. Cuma bezanya ialah kami harus mencari foraj yang sesuai bagi santapan tambahan untuk menambah kepelbagaian makanan kawanan, selain dari rumput dan dedaun.

Mungkin tempoh penggemukan bagi kawanan jantan akan menjadi lebih panjang. Tetapi penjimatan yang diperolehi melebihi faedah masa yang lebih pendek jika aku menggunakan dedak. Lagipun daging kambing lebih sedap bila dietnya adalah dari alam semulajadi, bukan guni. Tak percaya tanya aku, sebab semalam baru sembelih seekor anak jantan untuk kami makan. Memang terbaik. Umur 8 bulan, manis, lembut, tidak hamis. Tapi semua kambing aku setakat ni memang tiada pun yang berbau hamis kalau mengikut feedback dari pelanggan aku.

Apa-apa pun, advantage utama ialah aku tidak lagi mempunyai kebergantungan terhadap pengilang, penjual dedak. Satu lagi ciri-ciri sustainable farming. Penjimatan meningkat, keuntungan berganda. Tak begitu??

Salam hormat!!

3 comments:

  1. excellent!

    tiada lagi kebergantungan. Alhamdulillah.. semoga tuan semakin berjaya dalam usaha biak tuan

    ReplyDelete
  2. Tempat ambo banyok rumput,nutrient tok berapo cukup,kena bagi juga pellet,kadar 30 sen/ekor.

    ReplyDelete