Thursday 30 April 2015

Proses Kembiri Frankie

Ini berlaku dah masuk 3 minggu. Luka pembedahan pun dah hampir sembuh. Frankie seekor anjing kampung, berumur 8 bulan, jantan. Berat semasa dikembiri adalah 15.5 kg.

Ini adalah kali ketiga set appointment dengan doktor untuk temujanji kembiri. Kali pertama aku free, doktor yang ada kerja. Kali kedua terbalik pula, doktor free dan aku pulak yang ada kerja. Kali ketiga ni baru jadi betul-betul. Setelah delay selama 3 bulan. Sepatutnya kembiri ni dilakukan masa Frankie mencecah usia 5 bulan. Ni pun aku nervous, sebab Frankie kantoi dengan aku sedang cuba mencucuk "lipstick" nya ke dalam PayPay. Karang tak pasal-pasal jadi sumbang mahram. Beranak-pinak pula anjing tu nanti.

Pembedahan dilakukan oleh Dr. Rajeswary. ~Special thanks to you doc, I think you did a great job albeit it was the first time. The whole procedure was perfect, in my opinion.

Temujanji set pukul 9.30am. Aku tiba 5 minit lewat. Terus saja kami timbang Frankie dan dia diberikan suntikan pelali mengikut berat badannya. Tak sampai 3 minit, terduduk dah si Frankie, mata terbeliak, mulut ternganga, lidah terjelir dan air liur meleleh. Buruk benar perangai tidur. Terus aku angkat masuk ke bilik bedah dan tempatkan dia secara menelentang di atas meja bedah. Keempat-empat kakinya diikat.

Proses kembiri dilakukan secara cepat, mengambil masa tak sampai 30 minit pun. Like a pro. Frankie pun disuntik dengan ubat untuk menyedarkan dia kembali. Dalam masa 10 ke 15 minit semua dah kembali normal. Dahaga air budak tu. Banyak sangat meleleh air liur time operation tu. Selesai bayaran sebanyak RM80 kami pun pulang.





Doktor pesan kat aku, lepas 2 minggu boleh la nak cabut jahitan paling luar. Sengal punya anjing, dia tak tahan gatal kat jahitan tu, lepas 3 hari saja dia gigit habis semua jahitan sampai terbuka kembali luka tu. Nasib baik tak ada pendarahan. Nasib baik tak ada infection.

Sekarang dia dah happy kembali, kuat makan, tubuh pun nampak makin gemuk. Masih lagi melakukan ritual menanda sempadannya dengan urine. Tapi nampak kurang dah cubaan untuk memanjat PayPay. Kantung telur pun dah tinggal kulit scrotum sahaja. Telurnya dah kena ambil dengan doktor. I guess Frankie is now half the man he used to be. Oh, you poor mutt.

Dia masih lagi setia, masih lagi suka kacau kuda 2 ekor tu. Masih fobia dengan lembu, cuma mungkin rindukan kambing-kambingnya.

Aku nasihatkan kepada rakan-rakan yang juga mempunyai anjing peliharaan, lebih baik lakukan proses kembiri ni. Di samping dapat elakkan kelahiran anak anjing yang tidak diingini, ianya juga boleh mengelakkan anjing dari menghidapi kanser prostate (anjing jantan je la). Kanser prostate ni peratusan berlaku amat tinggi di kalangan anjing jantan. Habis duit seround je, tapi anda mungkin akan memberikan kehidupan yang baik untuk anjing tu. Sekian.

Salam hormat!!

9 comments:

  1. paypay macam mana..biasa kalau yg betina dah heat sijantan yg dok 2@3batu pun datang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni takdok lagi gangguan dari kasanova luar..hahaha..harap frankie dapat melindungi keremajaan paypay.

      Delete
    2. Setakat ni takdok lagi gangguan dari kasanova luar..hahaha..harap frankie dapat melindungi keremajaan paypay.

      Delete
    3. Setakat ni takdok lagi gangguan dari kasanova luar..hahaha..harap frankie dapat melindungi keremajaan paypay.

      Delete
  2. paypay macam mana..biasa kalau yg betina dah heat sijantan yg dok 2@3batu pun datang lagi.

    ReplyDelete
  3. salam macammana nak ajar anjing agar jadi anjing jaga kambing.berapa ekor anjing nak bela..p cik yasin renbau ns

    ReplyDelete
  4. Salam nak tanya anjing bolih halang harimau tak.ladang p cik ada harimau dah 12 ekor biri biri mati.poning den.p cik yasin rembau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pak cik yasin,

      Tak tau la saya anjing ni boleh halang rimau tak..tapi yg pengalaman saya,anjing saya sendiri bertindak mcm penggera. Kalau ada anjing lain, dia gi cuba halang dulu,kalau tak padan saiz nak lawan,dia salak dari jauh,utk bg amaran.

      Berkenaan latih anjing ni,baka mainkan peranan,sifat anjing pun main peranan,dalam sekawan anjing,tak semua IQ tinggi,kecuali baka yang mmg dibiak utk jaga ternakan (border collie,kelpie,Australia cattle dog,blue heeler dsb). saya sendiri amik anjing dari kuil buddha di kampung,tok sami yg bgtahu anak anjing yg mana sesuai dilatih,mereka lebih berpengalaman.5 ekor anjing yg diberi,semua boleh ikut arahan. Syarat ianya dilatih dari kecik.

      Delete
  5. T Kaseh atas info.utk gambaran kawasan pcik ada 90 ekar.pcik sewa buat kolam ikan dan tanam sawit sempadan dgn hutan.sawit dah 4 tahun keatas mula keluar hasil.buat kandang bela kambing dan biri biri.tak maju. banyak mati.dulu biri biri mula 50 ekor tingal 39 ekor.kambing licin dapat biak sampai 100 ekor lepas tu turun sampai 35 ekor.kecewa dan putus asa.sekarang mula belajar dlm internet.ni yang naik semangat semula.t kaseh sekali lagi muga ALLAH permudahkn segala urusan kita.amin.

    ReplyDelete