Saturday 8 March 2014

Cuci Kandang...baru

Panas betul hari ni..sesuai untuk cuci kandang baru. Jadi aku, adik aku dan pekerja siapkan water jet, tong biru, air, dan racun serta disinfectant untuk kerja mencuci kandang ni. Masa nak start enjin..petrol pulak takde. Aku volunteer untuk pegi beli petrol kat station. Ada laa dalam 2km dari ladang. Sampai kat station, sekali dah kena sita dan sealed oleh KPDNKK sebab jual kepada penyeludup. Baru je kena sita. Panas-panas lagi. Terpaksa laa aku beli dari kedai runcit kampung. Mahal woo..RM4 untuk 1.5 liter. Terpaksa beli jugak sebab nak siapkan kerja. Station lain jauh sangat, lebih 5km kot. Ulang-alik dah 10km. Plus, kena keluar ke jalan utama menuju pekan Rantau Panjang.

Aku syorkan kepada semua penternak supaya jangan skip proses cuci kandang baru. Sangat-sangat penting. It will take some time. But it is worth the time, money and effort spent. Tujuan utama adalah untuk bunuh hama, pepijat, kutu yang ada pada kayu supaya tak menjangkiti kambing nanti. Tujuan lain juga untuk disinfect kandang dari kuman atau virus, bakteria berbahaya dan sebagainya.

Aku gunakan racun serangga Malathion sebagai pembasmi kutu, hama dan pepijat. Aku lebihkan kepekatan racun dari yang disyorkan. At least aku tak perlu repeat semburan dengan cara ini. Aku juga gunakan Lindores sebagai pembasmi kuman dan virus. Kenapa Lindores? Sebab itu je yang aku ada dalam stok. Lama dah beli tapi tak pakai. Jadi sebelum expired lebih baik pakai. Takde masalah kalau nak gunakan brand yang lain.




Masa semburan dilakukan tu kena make sure semua bahagian kandang basah. Atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang, celah dan tepi. Untuk semburan racun aku tak gunakan mist setting, atau semburan kabus. Tapi aku gunakan semburan yang tajam tu supaya betul-betul basah. Betul-betul meresap ke dalam celahan kayu. Tapi untuk disinfectant lebih sesuai gunakan setting untuk mist. Sebab penyakit bawaan angin, airborne pun boleh dibasmi sekali.

Kira proses cuci kandang berjalan lancar la hari ni. Cuma nak start kerja tu yang agak lambat sebab hal minyak dan nak alih tong dan enjin tu. Make sure pakai protective gears. Goggle, mask atau tutup dengan baju. Wap dan bauan dari racun Malathion boleh sesakkan nafas. Jangan spend lama sangat mencuci kandang. Kalau rasa sesak nafas, berhenti dulu, pergi tempat open air, recover dan baru resume semula.

Oh ya..semalam Zhafran datang melawat ke kandang. Kira official visitor yang pertama from this blog. Sorry bro Zhafran, ambo terlewat pagi tu. Sebabnya menghadiri majlis cukur jambul anak jiran, lepas tu kena ambil kambing dari rumah kawan. Terima kasih kerana sudi mari ke tempat ambo di pagi hari Jumaat. Harap-harap tidak indah khabar dari rupa keadaan kandang ambo nih. Hehehe. Nanti senang-senang jupo lagi.

Dan juga doa dan ingatan tulus kepada keluarga mangsa dan mangsa flight MH370. Sewaktu entry ni ditulis masih belum confirm pesawat tu terhempas atau selamat. Aku pun tak tahu kenapa tak dapat nak confirm. Baca online news from different sources (not Malaysia) dah confirm terhempas. I don't know. But I'm hoping for the best (though it is hard) and planning for the worst. Must be really scary to be involved in an airplane crash. I'd imagined that it would be a very quick and painless death. The g-force and spiraling out of control while falling from the sky that make the whole experience even worse. But I wouldn't know. One thing for sure, mati tu sangat sakit. Slow or quick.







5 comments:

  1. Kita sama-sama berdoa yang terbaik bagi MH370. (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. Sampai lo ni ambo tok pernah naik plane. Semuga Allah menyelesaikan tragedi ini ngan sebaik2nya.Fuuuuh! besarnya gok, selamat berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun harap yang sama..gok jah besar..kambing tok ramai pun.heheh

      Delete
  3. Malathion tu racun serangga atau lalat buah kalau tk silap. Betul tk bro.. mtk pencerahan..

    ReplyDelete