Sunday 16 March 2014

Fasa Penggemukan

Kandang baru dah siap. Maka dengan ini aku secara rasmi dah boleh mulakan proses penggemukan kambing secara sistematik. Kalau dulu main campur aduk je. Gemuk juga. Tapi bab recording dan organization hancuss..sekarang harus lebih serious lagi.

Ya, kalau nak menggemukkan diri-sendiri aku langsung tak bermasalah. Nak menggemukkan kambing ni yang kena ada knowledge and hands-on experience. Aku dulu terlibat dalam feedlot lembu. Memang susah nak feedlot lembu. Merantau dari Thailand sehingga ke Indonesia nak belajar pasal pemakanan lembu. Bila dah tau trade secret diorang pun masih tak boleh buat kat tempat sendiri sebab feed component tu banyak yang tak ada kat megara kita. Kalau ada pun dah jadi terlampau mahal dan tak lagi feasible dari segi economic. As of now, berbekalkan lembu yang umur within good age range, good breed, non fussy eater, boleh dapat sekitar 1.2kg per day in ADG. Conversion ratio of 10:1 dan kos around 30% of selling price per kilogram. Masih untung. Masih viable eventhough FCR not so impressive.

Ok masuk bab penggemukan kambing. Satu yang aku tahu, ilmu gemukkan lembu langsung tak boleh apply untuk kambing. Jauh beza. Macam nak gemukkan tikus dengan nak gemukkan ikan paus. Jauh lari. Jadi aku kena langkau segala mental block yang aku ada dalam kepala hasil dari bela lembu feedlot bertahun. Ok mungkin satu boleh pakai, bab rumput. They both need lotsa green. Rumput, daun, pucuk whatever. Lain-lain hal bab feedlot lembu tak boleh. Seriously. Tak boleh.

First and foremost, living creatures need protein, energy, minerals, vitamin bagi kelangsungan hidup. Protein untuk cell building, muscle etc. Energy untuk maintenance of bodily functions, minerals and vitamins for the upkeeping at cellular levels.

Secondly, perlu ingat kambing ni sangat efficient at converting food into energy, meaning metabolism rate sangat tinggi. Boleh squeeze the juice to the very last drop. Kambing juga tak reserve energy in fat form. At least not in large amount. Pernah bezakan carcass biri-biri dengan kambing? Mana yang lebih berlemak? Tentu sekali biri-biri yang punyai lebih banyak subcutaneous fat (macam lembu). Subcutaneous fat ni senang accumulate. Adds volume and weight. Biri-biri atau lembu instantly nampak gemuk. Akan tetapi, physiology kambing tak membenarkan tubuhnya kumpul lemak macam biri-biri dan lembu tadi. Jadi try as you might, you would never succeed at fattening(with fat) your goats. Jadi, ke mana arah kita? How do we get our goats to put on weight? Protein tuan-tuan. High protein diet. Energy level tak perlu tinggi sebab excess protein can be converted into energy. Masih boleh maintain bodily function. Vitamins and minerals boleh dapat dari salt licks, sunshine and forages. Tak ada masalah. Cuma aku lebih suka include copper dalam salt licks kambing aku. Dalam post yang lepas, banyak pihak kata kambing langsung tak boleh proses copper. Nope. Not true. At certain stage, kambing boleh tolerate copper even better than lembu. Aku beri salt licks yang mengandungi copper  sebab nya aku kurang bagi concentrate. Kambing aku gemuk dengan forage. Jadi copper sangat penting untuk dipadankan dengan forage tadi. Juga penting untuk protein conversion, blood cell production and muscle gain. Dengar sini, diulang, copper sangat penting!! (Jika nak gemukkan dengan forage sebagai diet utama)

Aku tak kisah sangat dengan concentrate tapi forage mesti pelbagai. Aku juga tak suka sangat grain based, sebab energy tinggi, tak banyak yang ditukarkan kepada muscle mass, grain juga buat daging jadi kurang pejal dan tak padat. Aku taknkata daging liat, sebab dengan exercise secukupnya daging kambing malah jadi lembut. Ini experience aku sendiri bila aku sembelih pejantam utama tempoh hari untuk akikah anak aku. Lebihan energy juga buat kambing jadi hyperactive. Macam budak-budak high on sugar. Risiko untuk mencederakan diri sendiri atau kawanan meningkat. Harga juga adalah satu isu walaupun masa penggemukan jadi singkat. But I am not in a hurry. Jadi aku boleh tanggung lagi hanya dengan forage.

Di pantai timur dedak soon soon, felda dan seangkatannya sangat mahal due to logistics. Tak viable. Nope. Kami hanya ada dedak dari Sri Edaran Hong Enterprise. Murah..padan dengan kualiti which is not really that impressive in actuality. Bukan soya based. Ada lah letak jagung dalam tu but I bet it's less than 10%. Sekadar alas perut kambing boleh lah. CP as per stated on the sack 16% to 18%.

Forage; murah, available in abundance, berkesan, tak affected by price speculation, hedging etc. Just make sure kambing browse secukupnya.


1 comment: