Thursday 6 March 2014

Mesyuarat Bekalan Lembu Hidup dan Daging Segar

Pada 4 Mac 2014 lepas berlangsung laa mesyuarat seperti yang di atas. Macam yang aku cakap sebelum ni. Aku tak letak harapan tinggi pada mesyuarat ni untuk bawa sebarang perubahan drastik terhadap industri ruminan negara, khususnya lembu.

Berapa kali mesyuarat pun, outcome nya tetaplah sama. Jadi mesyuarat bermula dengan ucapan pendahuluan oleh pengerusi, iaitu Ketua Pengarah JPV Dato Dr. Abdul Aziz Jamaluddin. Secara ringkasnya beliau menerangkan bilangan lembu di negara kita semakin berkurangan. Secara serius. Keperluan negara adalah antara 120,000 hingga 150,000 metrik tan setahun. Buat masa sekarang SSL level hanyalah 10%. Seingat aku pada tahun 2010 SSL untuk daging lembu/kerbau adalah 24%. Bagus; semakin menurun, ptuih!!.

Banyak pihak complain kekurangan sumber daging tempatan. Pihak yang dimaksudkan ialah kem tentera, kem PLKN, pasaraya, pasaraya hyper, pasar basah. Tapi takde pulak complain dari households.

Jadi beralih kepada agenda utama, Dato pengerusi meminta cadangan dari ahli mesyuarat untuk memberi pandangan, idea, saranan bagi meningkatkan bilangan lembu di Malaysia dan juga bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan. Sebelum itu Dato pengerusi juga ada menyatakan bahawa projek-projek EPP kerajaan seperti ladang satelit NFC masih belum matang untuk menunjukkan sebarang hasil. Begitu juga dengan skim pawah Trust dan Pintaf. Sugar coat much? Totes ma goats!!

Mula lah sesi memberi pandangan masing-masing. Seperti kata daredevil kegemaran aku Steve O. Opinions are like asshole..everybody's got one. Ada yang cadang bawa lembu dari Myanmar, ada yang cadang bawa dari Australia, dari India, dari Bangladesh. Aku setuju dengan En. Samad selaku pengerusi persatuan ruminan negeri selangor, beliau cadang supaya lembu yang akan diberi pawah biarlah dari baka LID atau KK. Kecil pun kecil lah. Tak ada masalah. Kenapa nak agungkan Australian Brahman sangat. Bila beliau cadangkan yang sedemikian, berbunyilah importer lembu Australia dengan nada masam kelat menyuruh En. Samad berhenti berucap. Aku bangun dan menyatakan aku bersetuju supaya diberikan keutamaan kepada baka yang sesuai dibela di negara kita. Sekali lagi aku disuruh berhenti dan menghabiskan ucapan aku oleh importer lembu Australia. Hahaha..lepas habis ucapan aku, terus aku blah dari bilik mesyuarat. Ini kerana mesyuarat yang nak membincangkan hala tuju industri dah jadi kaunter aduan bila masing-masing pakat luah masalah. Ada yang bawa masuk lembu tenusu masih belum dapat clearance keluar dari kuarantin. Ada yang mengadu selalu kena kacau dengan penguatkuasa kerana jual daging yang takde chop abattoir JPV. Ada yang luah masalah kenaikan cost of doing business bila JPV unload scope kerja kepada agensi baru iaitu MAQIS. Haih..selalu sangat mesyuarat geng lembu ni jadi macam ni. Setengah jam pertama je yang betul..lepas tu dah ke laut semuanya.

Semua tekun mendengar ucapan melobi importer lembu Australia

Bagi aku lah, kegagalan sistem pawah sebab banyaknya yang supply lembu brahman Australia. Makannya banyak, nak dedak lebih, tak suka meragut rumput hijau, nakkan dried hay sahaja. Mana laa penternak kampung larat nak bela. Lepas 2, 3 bulan jual atau sembelih lembu tu dan beli lembu KK sebagai gantian. Ini realiti yang banyak berlaku. Bila pegawai Veterinar Daerah datang, penternak bagi tahu masalah sebenar, lembu yang diberi dah ditukar ganti. PVD tak boleh buat apa selain declare lembu mati. Sebab tukar ganti tak termasuk dalam syarat pawah. Lembu KK yang diganti pula membiak. Importer dah dapat duit. JPV ada masalah reporting tentang prestasi. Lalu everything pun nak sugar coated lebih dari donat. Hahahaha...

I doubt that any of the offered solutions would be taken into consideration. Terlalu banyak tekanan political yang akan menghalang usaha murni untuk membangunkan industri ruminan negara. Dari meningkatkan SSL negara, baik aku tingkatkan SSL diri sendiri.





4 comments:

  1. Jangan give up, ECH. (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. Cmtulah kisahnye bro ECH..kat tmpat den yang dapat bantuan lembu JPV(baka Brahman) pun xbrapa menjadi,ibu lambat beranak,ibu mati,jantan xmemanjat..kdar kejayaan agak rendah..tp yg dapat bntuan lembu pawah agak ok.sebabnya lembu pawah dapat dari penternak lama yg pulangkn lembu mlalui system pawah JPV mmg xda msalah..

    Den pun trsnarai jugak utk bntuan JPV ni,hari tu dpt lembu pejantan brahman cross sekor..tahun ni dpt jgk pnggiln dr JPV Kuantan.kot2 lah namo naik lg utk bntuan.hehe..asalkn baik den ambik lah..

    ReplyDelete
  3. Ambo pernah gi msyt mengenai pendaratan ikan diMalaysia ni,ucapan pembukaan je yang elok,pas tu bising tak tahu ape,ambo pun cabut lari,sebab ade orang politik.TSTla.
    Ambo setuju,OPINION ARE LIKE ASSHOLE,EVERYBODY GOT ONES

    ReplyDelete
  4. Apa cerita tentang kempen Jihat menentang orang tengah. Dalam kenyatan akhbar nak import daging dari negara islam. Tapi sampai sekarang sepi tanpa berita mungkin impot dari Cina pula.Tak payah fikir nak pawah beli lembu yang dah sembelih harga lebh murah.

    ReplyDelete