Tuesday 4 March 2014

Terima Kasih Adil LRGF

Heartiest gratitude to Tuan Adil and his wife for hosting my daughter, my sister and I at his beautiful home. Thank you for the dinner and also 3 bottles of goat milk.

Tak plan pun nak jumpa sebenarnya, dia yang text aku dulu. Then kebetulan his house is like 5 minutes from my family house in Damansara Utama. Ingatkan nak gi beli susu kambing macam customers dia yang lain-lain. Sekali wife dia siap masak dinner semua. Terbaik lah..spiral pasta, masak alfredo ke carbonara pakai goat milk. Sangat cheesy dan creamy dan silky dan fulfilling.  Kalah Master chef Malaysia. That's the first for me. Aku kalau bab makan tak payah suruh, cuma kena suruh berhenti je. Suruh mula tak payah. Automatik kalau yang tu.

Balik dari mesyuarat kat JPV, aku buntu nak bawak anak aku pusing-pusing. Nak bawak gi 7E dah selalu sangat. Nak gi playground, jerebu. So called Tuan Adil cakap nak gi beli susu umah dia. Itu kisah awalnya. Sampai rumah dia pun dah 7 lebih. Borak-borak sampai masa kecederaan untuk waktu maghrib. Alhamdulillah sempat balik berjemaah dengan anak dan adik aku. Wish could stay and talk more. Tapi flight balik ke KB jam 10pm. I hope we'll meet again soon. So many things to talk about.

Heh..aku lupa nak ambil gambar, sebenarnya bukan lupa..Tuan Adil ambik je gambar aku ngan adik dan anak aku. Time tu aku boleh je counter attack Tuan Adil dengan camera phone aku. Tapi aku ni jenis tak suka bergambar dan tak suka mengambil gambar. Gambar kambing boleh lah. Tapi sebab nak jadi popular, nak masuk blog LRGF, aku gagahi jua..hahahahaha.

Anak aku dah habiskan sebotol susu sebelum sempat sampai rumah..sedap sangat kata dia..kesian dia..dulu selalu dapat minum..since pindah KL ni susah pulak nak dapat. Aku nak bawak dari Kota Bharu macam leceh je. Takpe, now dah tahu mana nak dapat susu sedap kat KL ni.

Thank you again Tuan Adil and wife for your warm hospitality. Please come to Kelantan so that we could return the favor, it's about time bro. More than 3 decades of living tak pernah jejak kaki ke Kelantan ni..apa ni?? Hahaha.

1 comment: