Wednesday 5 March 2014

Panas Menyengat

Aku setuju dengan entry terbaru prof alwi. Memang sekarang ni musim. Panas yang melampau. Cabaran lagi hebat dari musim hujan. Haa..sekarang terbukti memang tak ada period senang-lenang sebagai pembiak ni. Cuma ada happy moments bila kambing beranak dan time terima duit jualan kambing. Hahaha.

Musim hujan datang dengan issue yang tersendiri. Cirit birit, selsema, demam, sakit mata. Musim panas pula tak cukup rumput, air perigi kering, kambing kurang perform etc.

Tapi bagi aku kena sentiasa tengok from the bright side. After all; He taketh what he giveth, He giveth what He taketh. At least penyakit kurang sikit period panas ni. Kambing pun sihat-sihat. Di tempat aku, bahang panas ni takde masalah sangat. Rumput dan daun yang tumbuh atas kolam kumbahan masih segar dan mendapat bekalan air dan baja secara constant. Kawasan ragut dalam paya gelang pun masih mampu lagi nak tampung keperluan kawanan aku. Cuma sekarang ni kena provide watering hole lebih sikit. Aku letak culvert di beberapa lokasi strategic di sekitar ladang. Isi dengan air dan sambutan dari kawanan kambing memang tak menghampakan. They're always thirsty.

Anak-anak yang lahir dalam seminggu dua ni pun Alhamdulillah sihat semua. Tak macam yang lahir musim hujan. Performance kurang sikit. Jadi itu perkara positive musim panas ni. Tapi itulah..dah dekat 2 minggu tak ada hujan langsung. Hmm.

Kalau ada kambing yang mati musim panas ni harap jangan bersedih. That's the nature's way of improving our herd. Hanya yang gagah mampu mengharungi bahang panas ini. Dan hanya yang gagah layak untuk dibiakkan.

Ok, signing out. Update pasal mesyuarat tu next entry.







3 comments:

  1. Dua ekor kambing bunting...tiba-tiba lumpuh musim panas ni.. Petang kelmarin terpaksa sembelih. Anak kembar dah mati dalam perut,....paru-paru lebam. Eden tak tahu nak diagnosed!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa lah musim panas lain plak jadinya..tadi sekor nak beranak tak bleh..akhirnya mati, mungkin sebab penyakit lain..kencing tikus je sebab tadi nampak tikus ..kena pasang perangkap lah

      Delete