Monday 3 March 2014

Tak Cukup Lembu

Hari ni dapat SMS dari JPV Putrajaya. Katanya nak panggil untuk bermesyuarat tentang kekurangan bekalan lembu hidup di Malaysia.

Ini panggil mesyuarat tergempar ni sebab latest post-cab meeting dapati memang lembu hidup kurang di Malaysia.

Aku sebenarnya malas betul nak involve dalam mesyuarat macam ni. Sebab macam dah tau outcome macam mana. Same old, same old. Import lagi banyak..dan import dari Australia. Tapi bila pikir ada antara kawan-kawan doktor di JPV yang invite aku untuk pergi..pergi je lah..dengar apa yang nak di cakap. Nak suggest benda-benda ni malas dah aku..dah habis steam.

Post-cab meeting terkejut sebab laporan PEMANDU menunjukkan program Pintaf dan Trust tak menjadi. Lembu yang diberi kebanyakan dah disembelih. Nak menjadi apanya..lembu aussie..darah aussie..makanan aussie..budaya aussie..mana sesuai nak biak kat sini. Makan dedak, rumput segar taknak makan, nak dried hay, dah tu liar pulak, tak tahan panas lembap cuaca Malaysia. Inilah bahana mengikut sangat suggestion importer lembu aussie ni. Ternakan yang di supply pula sub-standard.

Kalau aku bersuara kata aku ada conflict of interest, cakap nak jual lembu siam..at least lembu siam jinak, tahan lasak, tahan penyakit, tahan panas, membiak cepat, senang nak jual sebab saiz yang kecil, makan tak cerewet etc.

Entahlah, malas dah, tapi dah orang suruh pergi, ikut je lah. Tengoklah esok macam mana. Nanti aku update lagi outcome mesyuarat tu.

Isk, lagi baik aku spend time dengan kambing aku, mikirkan nak improve SSL aku sendiri. Haihh..

3 comments:

  1. Kes kambing pun macam itu juga kan,Bro??

    ReplyDelete
  2. Binatang ape yang kite berjaya biak di Malaysia ni?.Tu le ambo malas nok meeting2 niii.Tak ade jalan penyelesaian yang konkrit.Lebih baik ambo buat cara kite.Tok pening kepala,tok buang masa.

    ReplyDelete
  3. Meeting ribu kali pun hasil Nye ttap sama bro..dah ahli msyuarat majority pngimport,bukan pntrnak..jd bleh agk dh kmana arah tujunya.hehe..lembu mmg kurang stok skrg,serangn pnyakit,kkurangn kwsn rgut antra fktor utama lah.tp kt Felda jgn citer,byak lembu2 ni smpai xckup kwsn plak nk mragut.haha..

    Pok We Malaysia ni brjya mmbiakkn 2 jenis ternakan jer..khinzir dan ayam je rasanya..yg lain2 ke laut lah..

    ReplyDelete