Tuesday 18 November 2014

Seminggu Hujan

Masuk tengah malam ni, dah seminggu kebanyakan jajahan di Kelantan di timpa hujan. Paras air Sungai Kelantan dan Sungai Golok sudah berada di tahap berjaga-jaga. Tiada lagi pusat pemindahan banjir yang dibuka walaupun negeri Terengganu dah pun dilanda banjir.

Musim banjir ni buat aku teringat kat arwah ayah aku. Dia memang sibuk bila banjir tiba. Bantuan banjir, pengurusan pusat pemindahan, dan macam-macam benda lagi yang dia selalu uruskan. Yang pasti, musim banjir kali ini, pasti ramai yang akan teringat kat arwah ayah aku.

Okay, seminggu dah hujan. Aku mendapat laporan setiap hari prestasi kawanna di 2nd colony. 1st colony aku sendiri yang uruskan. Setakat ni, alhamdulillah, tiada kejadian yang tidak diingini. Kambing selsema ringan, tiada kes pneumonia kecuali kejadian serangan ular sawa pada 2 malam yang lalu. Natey ular sawa siap naik ke kandang lagi untuk bedal anak kambing aku. Tak cukup dengan itu, natey ular sawa membelit dan membunuh 2 ekor induk. Ini sudah lebih laa.

Hujan turun untuk 15 minit dan berhenti untuk 15 minit juga secara purata sejak dari minggu lepas. Air dari paya sebelah pun dah melimpah sehingga kawasan ragutan. 1st colony terpaksa diberi supplement dedaun yang dipotong dari kawasan persekitaran. Hari ni juga aku terpaksa beli dedak sebagai makanan tambahan sebab aku lihat mereka semua tak cukup kenyang bila pulang ke kandang.




Lain hal pula di 2nd colony. Masih mantap meragut di dalam hujan,di cerun bukit, di bawah kelapa sawit. Melainkan hujan terlalu lebat barulah mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan basah kuyup.

Induk semua perform sebaik mungkin kecuali 2, 3 ekor anak kecil yang nampam macam demam dan selsema teruk. Cucuk antibiotik sekali terus hilang demam tu. Kes teruk kena ambil extreme measure. Tak boleh dengan bawang putih dah. Hehehe.

Apa-apa pun,tanda hujan nak berhenti takde nampak lagi. Mungkin nak banjir untuk first wave dulu. Harap semua ahli kawanan bersabar dan bertahan dengan cuaca sebegini.

Allah swt jua pemberi kesihatan dan kesuburan  kepada ternakan dan tanaman.

Salam hormat!!

2 comments:

  1. Salam bro,

    Baru ni masa saya beli Kambing, pakcik tempat saya beli Kambing tu bagi panadol je pada kambing2 dia yang demam tu. Bagi dalam sebiji. Cairkan panadol tu. Bagi minum. Hardcore.

    ReplyDelete
  2. Tq Fesal,satu info.Kambing ambo dok makan tidur la lo ni.Nok turun tangga tokleh ,ada air kat dia turun.2/3 hari ni ambo kena perang ngan pacat la,cerut rumput.

    ReplyDelete