Saturday, 5 April 2014

Cuti Lama

Cuti sekolah baru ni..aku planning untuk  mengembara secara solo ke negara Myanmar dan Nepal. Myanmar ni aku dah biasa. Biasa sangat. Tak gelabah sangat kat negara Myanmar. 2010 aku dihantar untuk sourcing lembu disana selama setahun. Dah pandai bertutur bahasa rasmi Myanmar pun.

Trip aku ke Myanmar kali ini untuk melawat Bagan. Bandar purba. Mode pengangkutan adalah keretapi tanpa penghawa dingin dengan masa perjalanan 20 jam. Ini first time aku try naik keretapi. Dulu ke Bagan aku menaiki kereta dan bas. Cabarannya agak berlainan. Letih, sakit badan, panas, berhabuk, debu, asap, tak cukup tidur, dehydration etc. Tapi worth every bit sebab dapat interact dengan locals dan juga observed culture mereka. Paling penting aku revisit perkampungan yang bela lembu dan kambing. Antara tujuan lain aku ke sana untuk experience balik sunset over the mighty Irrawaddy berlatarbelakangkan gunung-ganang di wilayah Sagaing. Subhanallah..cantik..kalah sunset di mana-mana tempat yang aku pernah lawati sebelum ini. Sunset nya juga tidak pernah berubah, tetap sama sebagaimana ianya 2 tahun lepas. Aku suka negara Myanmar sebab orangnya friendly, baik-baik, peramah, ringan tulang, hard working. Tapi ada juga kaki tipu, kaki songlap tapi itu cerita lain.



Sesudahnya hal di Myanmar aku menuju ke Nepal. Negara ini belum pernah aku jejaki lagi. Tak tahu nak expect macam mana. Yang nyata ialah perubahan cuaca. Di Myanmar cuaca pada siang hari adalah panas dan kering. Suhu mencecah 35°C. Di Nepal pula, setibanya aku di airport Thribuvan, suhu serendah 15°C. Terpaksa keluarkan windbreaker. Aku bermalam di daerah Thamel, Kathmandu. Malam pertama aku berjalan melawat sekitar bandar Thamel. Berjumpa dengan pelancong dan juga pendaki gunung. Rata-rata dari Amerika, Kanada dan Perancis. Di bar/kelab masing-masing menceritakan pengalaman mendaki Fishtail Mountain di Pokhara, ada yang trekking ke Annapurna basecamp. Yang lebih extreme pergi ke Everest base camp dan cuba untuk mendaki ke puncak. Aku dan lain-lain yang baru tiba hanya mampu mendengar pengalaman mereka yang baru selesai melakukan trekking.

Tapi misi aku di sini adalah nak mencari matahari terbit merentasi banjaran himalaya. Aku bukanlah seorang hardcore mountaineer. Jadi aku pergi ke Nagarkot untuk tujuan ini. Bangun seawal jam 5 pagi untuk menonton persembahan dari sang pencipta. Memang menakjubkan. Aku pasti tak akan jemu dengan pemandangan sebegini. Aku berada lebih kurang 180km dari puncak everest. Tingginya melebihi expectation aku. Setinggi awan. Lebih tinggi. Sangat worthwhile. Nepali di Nagarkot juga mengamalkan ekonomi pertanian dan penternakan. Tanaman utama adalah gandum. Ternakan utama pula adalah kambing dan lembu. Kambing disini digembala sepenuhnya di lereng bukit. Extreme gila diorang punya pasture. Gaung sedalam 200 kaki tu adalah biasa. Kambing di sini bersaiz lebih besar dari katjang di kampung halaman. Berbulu lebat (tahan sejuk mungkin). Dual purpose. Meat and milk. Dan buat pertama kali juga aku merasa cheese dari susu Yak di sini. Not bad. Panjang lagi, tapi aku malas nak cerita. I am not a good writer



p/s: terima kasih kepada isteri kerana memahami kehendak aku yang kadang kala impulsive.

3 comments:

  1. Tk kerana kongsi pengalaman,Bro. (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. jauh berjalan luas pnglaman..aii mmg best lah dpt mngembara ke negara lain,lbih2 lagi scara backpacking jer..den dh lma brhjat mngembara ke ngara lain tp msih xbrksempatan...kna blajar dr sifu ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi apa barang yang patut. Angkat itu beg. Mula berjalan. Keep and open mind. Goodluck!

      Delete