Bila beli ubat baru, aku suka baca leaflet instruction yang datang bersama ubat tu. Maklumat tentang kandungannya, dosage, indication dan yang paling penting cara pemberian.
Biasa ada ubat yang kena beri secara intramuscular, ada yang kena suntik secara subcutaneous (Sub-C; Sub-Q) dan ada juga yang kena buat drip intravenously. Tapi yang last sekali ni jarang la. Bagi aku sendiri pun susah sebab kena locate urat. Kalau lembu takpelah, besar. Kambing kecil sangat, bagi mereka yang dah mahir takde masalah nak buat IV ni.
Ubat untuk fast acting seperti multuvitamin, antihistamines, anti inflammation, antibiotics biasanya harus diberi secara IM. Betullah fast acting sebab cucuk kat dalam otot. Manakala ubat yang bertindak secara systemic seperti ivermectin pula diberi secara sub-Q. Ubat seperti ivermectin ni merengsakan sebenarnya. Jadi kalau cucuk dalam otot memang amat sakit kepada kambing. Pernah sekali kenalan aku tercucuk jarum suntikan yang mengandungi ivermectin ke dalam jarinya, membengkak sehingga 4 ke 5 kali ganda. Dah macam untut.
Tapi apa kaedah sekalipun tidak ada salahnya. Ubat yang sepatutnya untuk suntikan IM boleh je disuntik secara sub-Q. Begitu jugalah sebaliknya. Aku sendiri untuk anak-anak kambing aku prefer suntikan secara sub-Q kerana sakitnya adalah kurang sedikit berbanding suntikan secara IM. Dan kalau dosage yang aku nak berikan tu melebihi 3cc tak kira lah untuk anak kambing atau kambing dewasa, aku akan gunakan suntikan secara sub-Q. Sebab suntikan secara IM dengan isispadu ubat melebihi 3cc bagi aku akan menyebabkan kesakitan yang kuat/lebih berbanding biasa dan kambing biasanya akan berjalan senget untuk hari tu.
Cuma berhati-hati masa suntik tu. Jangan terkena pada lymph node, boleh mati terus kambing tu.
lymph node tu apa dia,Bro??
ReplyDeleteLymph nodes tu mcm filter system untuk tubuh ternakan laa..white blood cells ada kat situ untuk filter any harmful entities dalam tubuh ternakan.
DeleteKan biasa kalau demam kita gi jumpa doktor dia akan tekan tepi leher. That is to determine inflammation of lymph nodes. Same thing as kambing. Lymph nodes bengkak means something is wrong with the goat. It could be as petty as normal fever or as serious as blood cell infection etc.