Friday, 10 October 2014

Bajet 2015

Peruntukan sebanyak RM6 billion telah diumumkan untuk memperkasakan sektor pertanian. Sebahagian besarnya difokuskan kepada pengeluaran padi negara di jelapang baru terutamanya di Malaysia Timur. Paling menjengkelkan ialah pengumuman Pekan sebagai salah satu jelapang baru padi negara. Aku rasa pengumuman ini dibuat atas kepentingan politik untuk mendapatkan traction dan political milage bagi ahli parlimen Pekan. Gula-gula kepada rakyat Pekan. Untuk membeli undi rakyat Pekan. Sama lah dengan pengumuman Bera sebagai lembah daging negara setelah ahli parlimen Bera diangkat sebagai Menteri Pertanian. Who benefits? It's any body's guess. Ok enough.

My concern; pengeluaran padi negara mengalami trend penurunan setiap tahun sejak dari 2010. Pada waktu sekarang pengeluaran padi dalam negara adalah pada tahap 70%. Jelapang padi di Kedah tidak mampu mengeluarkan hasil seperti sebelumnya kerana properties tanah yang telah sekian lama digunakan hanya untuk penanaman padi menjadi semakin costly dengan penggunaan baja yang tinggi. Jelapang di negeri-negeri lain pula banyak yang ditukar status menjadi kawasan perumahan. Jelapang baru di Malaysia Timur masih belum mencukupi untuk meningkatkan hasil padi negara. Pesawah padi pula, terutama golongan muda, sudah ramai yang berhijrah ke bandar dalam usaha mencari kehidupan dan pendapatan yang lebih baik. This is definitely a recipe for disaster!!

Aku belum mahu bercakap pasal indsutri ternakan lagi kerana padi adalah lebih penting. Makan nasi lauk garam boleh hidup lagi. Jadi beras di sini amat, sangat penting.

Belum juga mahu bercakap pasal perikanan kerana rata-rata tahu tentang skandal penjualan diesel oleh nelayan bot besar. Ada baiknya beri sokongan kepada nelayan pesisir pantai dan penggiat akuakultur.

Setakat ini dahulu.

Salam hormat!!

Updated;

Kenapa setiap kali pmbentangan bajet, PM kita mengenakan pakaian berwarna jingga/oren?

Neural marketing, maybe?

3 comments:

  1. Dah fed up ikut bajet-bajet nii........sama ajerrr!!!

    ReplyDelete
  2. bajet untuk 'aku'...cukai (GST) untuk 'engkau'
    projek untuk 'aku' ..BRIM (hampeq ato seredak) untuk 'engkau'
    duit minyak untuk 'aku'..subsidi minyak (dua kupang) untuk 'engkau' p/s subsidi lebihan dari expot minyak setelah ditolak impot (sebagai negara pengexpot minyak) tapi claim kerajaan dari kantong kerajaan - ada logik??

    aku itu kroni..engkau itu rakyat,,hahaha..

    ReplyDelete
  3. warna oren/jingga ni menaikkan selera makan, biasa nampak kat gerai atau kedai2 kan. ada kajian pasal pengaruh warna ni.

    ReplyDelete