Wednesday, 1 October 2014

Hangin Satu Badan

Hari ni hari last penghantaran lembu korban dari Kelantan ke negeri luar. Aku tak ambil banyak tempahan hanya penuhi permintaan sahabat-sahabat yang memang aku tak boleh menolak permintaan mereka.

Semalam aku minta adik aku buat permohonan pemindahan ternakan dari Kelantan ke negeri jiran. Permohonan ok, masuk sistem tanpa sebarang kesulitan.

Pagi ni kira-kira jam 10 pagi aku menelefon pejabat veterinar negeri jiran untuk meminta kelulusan bagi perjalanan lembu terbabit. Operator menjawab, aku minta disambungkan ke bahagian permit, nada dering ada, tapi tiada yang menjawab. Sehinggalah panggilan aku disambung balik keada operator. Operator beritahu aku tiada pegawai di bahagian permit dan terus melakukan sambungan ke bahagian lain. Seorang lelaki menjawab panggilan, perkara sama diberitahu kepada aku. Katanya pegawai yang bertanggungjawab dah keluar pergi minum pagi. Dia minta aku call balik dalam masa setengah jam.

Jam 10.45 pagi aku call lagi. Masih tiada pegawai yang sepatutnya meluluskan permohonan. Aku bercakap dengan lelaki tadi jika ada cara lain yang boleh beliau bantu aku. Beliau beri kepada aku nombor telefon tangan pegawai yang berkenaan, seorang perempuan bernama Norihan. Aku call nombor telefon tangan nya tak kurang dari 20 kali dan satu pun tidak berjawab. Malang apa kah ini?

Pegawai yang sepatutnya membuat pemeriksaan ternakan di ladang aku sudah berlepas menuju ke ladang. Mereka punyai jadual yang sibuk hari ni. Itu aku sangat faham.

Aku masih mencuba call pejabat di bahagian prmit dan telefon tangan Norihan. Gagal!! Sehinggalah jam 12.05 tengahari baru aku daat bercakap dengan si Norihan. Dengan selamba badak dia cakap dah terima permohonan aku dan dalam proses meluluskan. Aku beritahu aku cuba hubungi dia dari jam 10 pagi. Dengan selamba nya dia kata dia dah tunggu pelanggan dari jam 9 hingga 9.30 pagi tiada terima panggilan lalu buat keputusan untuk keluar minum tanpa membawa telefon bimbit (tinggal dalam laci). Jam 12 tengahari baru sampai balik ke pejabat. Attitude jenis apa ni? Dia marah aku kerana lambat call (jam 10pagi). Aku dah menyirap.

Aku persoal tindakannya yang keluar minum lebih dari 2 jam. Lama betul minum air. Berapa lori tangki perempuan ni minum sebenarnya? Aku cakap aku nak laporkan perbuatan ini pada Pengarah Jabatan. Dia terus mencelah, ingat dia seorang saja ke yang buat kerja macam ni. Ramai lagi yang buat. Sempat juga bagi alasan bahawa dia hanya wakil Pengarah untuk lukuskan permohonan. Kalau nak cepat kena suruh Pengarah yang buat kelulusan. Memang la kau wakil Pengarah dah bukan kerja Pengarah nak hadap komputer klik keyboard dan mouse. Adoii...sakit nya hati. Ada juga manusia jenis ni.

Aku cakap aku tahu nama dia Norihan dan aku tak ambil peduli, aku akan buat laporan dia keluar pada waktu pejabat dan balik setelah lebih 2 jam keluar. Teruk betul perangai. Aku kata cujup-cujuplah makan gaji buta. Terus letak gagang telefon.

Teruk betul perangai si Norihan ni. Tak ada kesedaran langsung. Lagi ego nak bagi alasan tak masuk akal. Melayu bila dah masuk comfort zone memang perangai macam tu. Aku cakap ni spesifik si Norihan je dan juga yang sewaktu dengannya. Aku pernah berurusan dengan pegawai yang sanggup go the extra miles just to put a smile on the customer's face for the whole day.

Buat Norihan. Sudah-sudah la perangai pemalas tu. Sudah-sudah lah makan gaji buta.

Salam hormat!!

2 comments:

  1. Sesiapa yang kerja dengan orang ,dia sudah ada ijab dan kabul,senang kira "perjanjian".Kalau kita langgar perjanjian ini apa hukum.Kalau orang kawin kalau langgar taqlid jatuh satu talak.Kalau orang gomen suka curi masa apa hukum?.Bagi ambo banyak perkara dosa yang dilakukan orang kerja ngan kjaan ni.Buang masa,ponteng kerja,tipu elaun,dan banyak lagi perkara2 yang sewaktu dengannya.DOSA MUDAH DIDAPATI,TAPI PAYAH MENCARI PAHALA.Sabar2la.

    ReplyDelete
  2. lupa tanggunjawab dah tu.. masaalah

    ReplyDelete