First Colony
1. Majoriti Baka Katjang
2. Diet utama rumput, dedaun dan dedak kualiti rendah (campuran fiber, jagung etc)
3. Garam jilat pelbagai jenama,jenis dan kualiti.
4. Kawasan ragutan berpaya, berkelembapan tinggi. Tanah rendah dan rata.
5. Sumber air minuman telaga tiub.
5. Sumber air minuman telaga tiub.
6. Waktu meragut 4 jam 1/2 hingga 5 jam (bergantung kepada cuaca) bagi kawanan induk. 3 jam hingga 3 1/2 jam bagi jantan tujuan penggemukan.
Second Colony
1. Majoriti baka kacukan.
2. Diet utama dedaun dan rumput. Tiada dedak langsung.
3. Garam jilat bukit.
4. Kawasan ragutan berbukit, di bawah pohon kelapa sawit, cerun dan semak.
5. Sumber air minuman dari sungai, berkeladak. Air hujan. Sebuah perigi sedang di gali untuk menukar sumber air minuman.
5. Sumber air minuman dari sungai, berkeladak. Air hujan. Sebuah perigi sedang di gali untuk menukar sumber air minuman.
6. Waktu meragut sehingga 6 jam sehari. Bergantung kepada cuaca.
7. Kos tetap membela 7 sen per ekor per hari.
Ulasan;
A. Kadar kelahiran bagi setiap pusingan di First Colony ialah 1.8. Kadar kelahiran bagi setahun adalah 3.2. Kadar kelahiran di Second Colony masih tidak dapat ditentukan kerana masih belum mencapai setahun umur operasi. Setakat ini ianya adalah 1.2 kerana semua induk adalah induk muda dan pertama kali melahirkan anak. Kebanyakan kelahiran adalah single birth.
B. Kadar pembesaran anak di Second Colony mendahului First Colony. Sebab utama adalah baka. Sebab kedua adalah sumber makanan yang lebih kepelbagaiannya.
C. Berdasarkan kos dan result, First Colony seakan counter productive kerana melibatkan kos yang lebih tinggi dengan keputusan yang kurang memberangsangkan dari segi saiz kambing. Kadar tumbesaran. Tapi aku pasti birth rate First Colony akan sentiasa mendahului Second Colony kerana kepekatan darah lokal yang mengalir di dalam kawanan First Colony.
D. Dari segi pejagaan dan penyakit, Second Colony mempunyai kadar selenggara yang lebih rendah.
Sekian, malas nak ulas banyak-banyak.
Salam hormat!!

Follow ur info,Bro. (Es Emdi)
ReplyDelete7. Kos tetap membela 7 sen per ekor per hari - boleh detailkan lagi pasal ni. sebab opex ni termasuk gaji staff kan
ReplyDeleteGaji staff saya kira sebagai variable cost sbb gaji mengikut hari..ada hari kerja..ada hari tak kerja..
Deletejuga saya kira kos production per ekor kambing.
Kos tetap ialah garam,dedak (if applicable), ubatan, tag, air, elektrik.
Semua ini dikira dengan tempoh masa 10 bulan dari hari kelahiran sehingga hari jualan. Hari ke 300.
ok terima kasih bos. makin jelas nak kira capex opex ni
Delete