Sunday, 26 January 2014

1st Deworming

Bila agaknya nak deworm anak kambing ni untuk pertama kali? Pada umur berapa bulan? Atau bila nampak tanda-tanda kecacingan? Nak buat scheduled atau selective?

Penternak baru macam aku memang dilema sikit bab ni. Sebolehnya nak buat selective supaya cacing semua tidak jadi resistant terhadap komponen ubat cacing tadi. Tapi kalau nak amalkan kaedah selective dari awal, bahaya pula kepada anak kambing. Mortality akan menjadi tinggi. Tumbesaran boleh terbantut.

S.O.P. ladang aku ialah deworm apabila anak kambing dah berumur sebulan. Ya, memang awal. Belum meragut dah deworm. Kalau tak meragut mana nak ada risiko exposure kepada cacing, kan?
Not necessarily. Disinilah perbezaan antara operasi akan menentukan bilakah pusingan pertama ubat cacing harus diberikan kepada anak kambing.

Merujuk post sebelum ini, aku tidak mengamalkan tempoh berpantang kepada induk yang beranak. Hari ni beranak. Esok terus turun meragut. Aku galakkan anak untuk ikut ibu keluar meragut sebab nak bagi diorang cukup exercise supaya muscle dan urat semua berkembang, berjalan. Sendi-sendi semua bergerak. Anak kambing aku biasanya akan ikut ibu meragut pada umur seawal 1 minggu. Anak kambing ini tak makan pun sebenarnya. Lebih kepada beriadah dan belajar mengenai persekitaran mereka. Tahu mana lopak air, mana lumpur, kayu, batu, siapa kawan, siapa lawan, lembu tu bahaya dan sebagainya. Dalam sibuk belajar tentang persekitaran, anak kambing ini terdedah kepada serangan cacing juga. Terutamanya indirect contact dengan tanah, rumput dan lain-lain. Diorang jalan-jalan atas tanah lembap, pastu sampai kat tempat kering jilat-jilat kuku, jilat bulu mak dia, member sepermainan. Dari sinilah adanya risiko expoaure terhadap cacing.

Jadi pada umur 1 bulan aku akan bagi ubat cacing untuk deworm melalui oral route. Dosage berikutnya berselang 2 bulan dengan dosage yang pertama. Kenapa 2 bulan? Untuk make sure cacing berada di tahap paling rendah. Supaya anak kambing akan punyai better fighting chance untuk lawan cacing-cacing ni. Kalau tak, cacing akan sebabkan perubahan dalam tubuh anak kambing, robbing them from precious nutrients that they need to grow. Tubuh juga akan mengalami stress dan menyebabkan perubahan fisiologi dimana anak kambing cease to grow larger in size. The body sends a signal that the parasites are overpowering the whole body. In order to curb the infestation and survive the infestation, the kids will cease to grow in size. Maka jadilah kambing kerdil.

Bila dah umur 6 ke 8 bulan. Kebanyakan anak kambing dah mula weaned off. Masa ni lah baru aku amalkan selective kerana anak kambing dah punyai better fighting chance to survive the war against the worms.

Bagi anak kambing yang outstanding dari segi growth, aku longgarkan sikit S.O.P. ni. Mungkin lebih lenient dari amalan deworming sebab aku tau anak kambing ini tidak akan mengalami masalah pembesaran. Penting untuk berjimat, jika anak kambing tidak perlukan treatment jangan lakukan treatment.

4 comments:

  1. Cadangan schedule deworming untuk sistem intensif, camna Bro??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan adil,

      Tak sure la saya untuk sistem fully intensive ni. Tapi dosage recommendation yang ada kat botol medication atau the accompanying phamplet biasanya suggests the proper dosage for a fully closed system.

      Jarang ubatan ini datang dengan syor dosage bagi kegunaan semi intensive. Mostly recommended dosage yang kat botol tu dah dicetak khas utk pengguna yang mengamalkan system fully intensive. I know I am repeating myself. I am sorry.

      Delete
  2. Replies
    1. No problem..lagipun test and measurement untuk ubatan kebanyakannya dilakukan ke atas ternakan dalamnfully closed system selain guna lab rats.

      Delete