Wednesday, 29 January 2014

Kurap-kurapan

Kurap ni agak memeningkan sebenarnya. Faktor utama ialah sebab ianya sangat senang berjangkit. Kalau silap gaya memang pecah kurap satu kandang. I learned my lesson the hard way. Aku kumpulkan kambing dari pelbagai sumber. Dari pelbagai sumber datangnya pelbagai penyakit dan kurap tidak terkecuali.

Suntikan 3 dalam satu ivermectin tidak berkesan sangat...atau terlalu lambat bagi aku. Jadi aku study dulu apa penyebab kurap ni. Ada dua sebenarnya tuan-tuan. Yang pertama adalah kulat..macam yis..macam kulat lah..taktau nak cakap macam apa dah..dan yang kedua adalah mites..jenis pepijat, makhluk halus (bukan penunggu) tak nampak dek mata kasar. Macam tungau gitu.

Kurap yang disebabkan oleh kulat ni biasanya non-invasive. Topical treatment dah cukup untuk sembuhkan kambing kita. Kurap jenis ni hanya sebabkan bulu jadi luruh, kulit jadi berkeruping. Macam kelemumur gitu. Jadi untuk merawat kurap jenis ini kita kena wujudkan suasana yang tidak conducive untuk kuat tadi. Ada orang guna cuka, ada juga guna syampu kutu. Ada guna garam. Semuanya berkesan. Lambat dan cepat je.

Ok masuk bab kurap yang invasive pula. Juga dikenali sebagai Mange. Kurap jenis ni yang memeningkan kepala sikit sebab ada makhluk hidup yang sebabkan buluh luruh, kulit keruping, luka kecil, kulit jadi keraz. Nak pulihkan kurap jenis ni kita kena bunuh makhluk halus tu..tak boleh panggil bomoh atau pawang..dulu aku cuba pelbagai jenis compound..lindane, malathion dan permethrin. Tapi aku paling suka permethrin sebab sangat berkesan. Sekali application dah cukup untuk penyembuhan maksima. Hahaha. Dulu juga aku selalu beli ubat scabies jenama A-Scab. Botol kecik je tapi mahal oii..RM13 sebotol. Jadi aku gi kedai input pertanian dan beli racun serangga yang bahan aktifnya ialah permethrin atau cypermethrin. Kedua-duanya adalah dari kumpulan pyrethoid. Cara bertindaknya adalah sama. Jadi masih boleh digunapakai. Tapi kena ingat, permethrin ni boleh sebabkan resistance. Akan tiba suatu masa racun ni tak akan berkesan lagi dah. Time tu kena cari bahan aktif lain dah laa..oh ya, racun serangga ni juga berkesan untuk kutu dan juga boleh digunakan untuk membasmi hama seluruh kandang. Dilution formula kena rujuk botol laa..takpun tanya brader kat kedai input pertanian.



Cara aku apply racun permethrin ni adalah dengan menggaulkannya dengan sedikit petroleum jelly untul memekatkannnya supaya bila apply kat kulit tu lama sikit melekatnya. Kambing aku tak pernah jilat lagi campuran ini sebab petroleum jelly tu baunya kuat sangat bila bercampur dengan permethrin. Jadi belum pernah ada keracunan setakat ini. InsyaAllah selamat.

Cara ini lebih mudah dan menjimatkan. Harga sebotol racun permethrin baru RM6.50. Petroleum jelly tu RM5.50. Jadi baru RM12.00. Boleh pakai beratus kali.

Cuma perlu berhati-hati bila handle racun ni. Jangan sampai terkena mata atau kulit.




4 comments:

  1. Petrolium jelly beli kat mano,tok pernah dengar lagi bendo ni,darat sungguh2 ambo ni.TK,kerana info ni

    ReplyDelete