Pada pandangan aku, tahun baru 2014 akan membawa penuh cabaran. Terutamanya kos sara diri yang semakin meningkat. Semalam aku pergi Tesco Kota Bharu, barangan rumah yang biasa dibeli ada yang meningkat sehingga 50 sen. Isk, tak patut. Tapi tu lah, nak buat laporan bagitau KPDNKK, pak menteri suruh berjimat cermat, kalau mahal tak payah beli. Tanam atau produce sendiri. Akai ada ka??
Bila dah ada kerunsingan macam ni aku rasakan orang-orang yang dalam rancangan Doomsday Preppers tu sebenarnya phobia mereka tu berasas. Bukan sekadar phobia yang dimomok. Siapa lagi yang nak bantu kita kalau dalam kesusahan. Duit BR1M (bagi yang layak) tak banyak membantu. Itu ikan, bukan joran pancing. Usaha kita berternak selama ini pun tak mengharapkan bantuan kerajaan. Memang tak nak pun.
Nak cakap pasal azam pun cliche sangat. Cuma aku berharap agar dapat mencapai tahap sara diri paling setidaknya 80%. Aku meletakkan aras penanda bukan pada production of food items in my own capacity tetapi dari segi ketidakbergantungan terhadap wang. I shall trade(barter) my goats for other goods to provide enough sustenance to my family. Aku mahu hilang kepercayaan dan ketaksuban terhadap wang.
Aku mungkin akan berpindah ke ladang, kerana isteri bakal ditugaskan berjauhan dari aku. Jadi aku akan punya lebih banyak masa untuk ternakan aku dan juga diri aku. Banyak masa untuk improve diri sebagai hamba dan umat. Tapi berjauhan dengan isteri ni satu masalah juga, kata orang alah bisa tegal biasa. Kami sudah selalu berjauhan. Sejak dari mula-mula kenal dulu. Ada hikmahnya walau apa jua ketentuan Allah swt.
Buat isteri, jutaan tahniah!! Aku akan terus menyokong. Cuma minta bersabar dengan keadaan sekarang. InsyaAllah keadaan akan jadi lebih baik. Mana ada gunung yang asyik kena daki je..ada juga yang menurun nanti. Hahaha. Nasihat kat diri sendiri juga tu.
2014..2014..apa sajalah!
No comments:
Post a Comment