Sunday, 12 January 2014

Musim Hujan III

2 hari berturut dah hujan turun tak henti-henti. Paras air di Sungai Kelantan dan Sungai Golok meningkat mendadak. Kawasan tadahan dan flood plain dipenuhi air.

Begitu juga dengan kawasan ladang aku. Air naik sehingga berbaki 2 kaki je lagi nak cecah lantai kandang. Takde kawasan meragut untuk 2 atau 3 hari ni sehinggalah air surut. Kawasan ragut dah bertukar jadi tasik. Kitaran alam saban tahun. Replenish balik kawasan ragutan dengan baja semula jadi yang dibawa air. Ini kelebihan kawasan ragutan aku.





Walaupun hujan masih lebat aku masih lepaskan kambing. Tak larat nak bagi makan dedak je. Lagipun tak bagus juga bagi makan dedak memanjang. They have to get some greens inside. Hujan pun hujanlah. Basah pun basahlah. Duduk dalam kandang lama-lama pun boleh selsema. Boleh demam lagi. Kalau lepaskan, hilanglah selsema tu. Kalau yang demam macam sekor induk tadi kena bagi injection antibiotic dan vitamin tambah selera makan. Kena selalu monitor fluid intake. Drench if possible.

Status anak kambing setakat ni Alhamdulillah. Anak-anak yang umur 2 minggu pun di ajak keluar oleh ibunya untuk berjalan (main hujan).

Musim hujan..a blessing in disguise. Sebab anak kambing yang mati musim ni adalah pembawa gene yang lemah. Yang betul-betul survive akan carry the hardy trait and will pass down the superior genes to the future generation. So friends, don't fret if a kid or two die during this monsoon season. It's a nature's way of improving your herd.

4 comments:

  1. Tuan ECL, if u dont mind, is there a way to contact you? Semalam ada seorang hamba yang baru nak berjinak dalam penternakan kambing. He plans to do it in Kelantan. I referred him to you, for advice, etc.

    ReplyDelete