Hujan...dan sangat lebat...berserta angin.
Hari ni aku tak lepaskan kambing meragut. Langit hitam sejak dari pagi dan hujan intermittent yang tak nampak akan reda.
Sepatutnya boleh je lepaskan. Tetapi pekerja nasihatkan aku supaya tak lepaskan. Kadang-kadang kena bagi empowerment juga dekat employees dengan mendengar nasihat mereka, jarang-jarang...kadang-kadang.
Aku lebih suka lepaskan kambing waktu hujan sebenarnya dari biarkan mereka di dalam kandang. Risiko selsema lebih rendah bila dilepaskan. Kalau berada di dalam kandang, draft akan sebabkan kambing kesejukan tanpa sebarang aktiviti fizikal untuk panaskan badan. Aku pulak not a big fan nak menyalakan api pendiang.
Makanan pula, antara rumput basah dan dedak basah. Aku lagi selesa bagi makan rumput basah yang kena air hujan daripada bagi makan dedak basah yang kena air hujan. Telah terbukti dedak basah ni lebih senang sebabkan kembung. Rumput basah ni paling tidak pun hanya sebabkan diarrhea..normal lah tu.
Lagipun aku suka tengok kambing aku melarikan diri apabila hujan turun. Kelam kabut. Hahaha.
No comments:
Post a Comment