Thursday, 9 January 2014

Di Depan Atau Di Belakang?

Sahabat...

Dari pembacaan aku, kaum arab badwi adalah antara yang terhebat di dalam membiak dan mengembala ternakan. Mereka boleh berjalan sambil mengembala berbatu-batu jauhnya, hanya dalam masa sehari.

Di padang pasir yang begitu luas tiada natural barier seperti pokok, paya, batuan ianya agak mencabar untuk mengawal pergerakan kumpulan ternakan supaya berada dalam kelompoknya sendiri. Tetapi kaum arab badwi berjaya 'menundukkan' binatang ternakan dengan hanya menggunakan sebatang kayu gembala.

Disiplin yang diterapkan adalah dengan sentiasa mendahului ternakan semasa keluar mengembala dan sentiasa pula berada di belakang ternakan semasa pulang dari meragut. Perbuatan yang simple ini lah menjadi kunci kepada ketaatan ternakan kepada si arab badwi tadi.

Dari pengalaman aku sendiri, amalan kaum badwi ini amat berkesan. Ternakan seperti kambing dan biri-biri sememangnya mahu 'ditundukkan' cuma mereka perlu kepada manusia untuk mengepalai mereka. Ternakan akan lebih berdisiplin setelah diajar bahawa sebelum turun dari kandang mereka mesti menunggu pengembala memulakan langkah yang pertama dan pengembala jugalah yang akan mengambil langkah terakhir untuk balik memasuki kandang.

Logiknya apabila mengepalai kawanan haiwannya pengembala akan dapat melihat dengan lebih mudah kawasan manakah yang mempunyai rumput dan pohon yang boleh dijadikan makanan kepada kawanan. Pengembala yang sentiasa membawa kawanan ke kawasan tanah subur menghijau akan memperoleh kepercayaan dari kawanannya. Kepercayaan akan membawa kepada ketaatan.

Pengembala yang mengekori kawanannya dari belakang semasa pulang pula akan mengetahui jika ada ternakan dari kawanannya yang tertinggal atau menghadapi masalah dalam perjalanan pulang. Pengembala yang peka terhadap kawanannya juga akan beroleh kepercayaan dari kawanannya.  Seterusnya membawa kepada ketaatan.

Peranan aku sebagai pengembala adalah amat memuaskan (rewarding) apabila aku mendapat kepercayaan daripada ternakan aku.

Jadi sahabat sekalian, berjalanlah dihadapan kawanan semasa start mengembala dan berjalanlah di belakang kawanan semasa pulang dari gembala. Anda akan beroleh kepercayaan.


1 comment:

  1. Tq. excellent piece!! Dari dulu tertanya jugak camne nak mengembala. (Adil)

    ReplyDelete