5 hari tak masuk ladang. Berada di Kuala Lumpur dan Tanjung Malim atas urusan syarikat dan hal keluarga. Seronok bila dapat berjumpa dengan adik-adik aku yang kecil tu. Tapi bila lama sangat tak masuk ladang pun boleh jadi angau juga.
Alhamdulillah tiada sebarang masalah sepanjang 5 hari ketiadaan aku. Adik aku yang menjenguk ternakan diladang. Ada juga dapat call dari adik aku untuk dapatkan nasihat nak buat treatment anak-anak kambing. He's growing a fondness towards the animal which is a good thing when one plans to get involved in animal husbandry. Kena ada minat yang tinggi. Kena always go the extra mile. Kena ada kesabaran yang tinggi. Kena ada isteri yang memahami. Ehh..
Tak boleh update panjang sangat sebab nak kemaskan rumah. Aisey, rumah tinggal 5 hari takde orang sepah pun kena kemas ke? Habuk kot..kena cuci habuk..cuci baju etc.
No comments:
Post a Comment