Wednesday 22 October 2014

Nak Bunuh Lipas?

Post kali ini tak ada kaitan dengan kambing sebenarnya.

Aku baru menjumpai kaedah untuk membunuh lipas yang paling berkesan.

Caranya ialah dengan menggunakan syampu anti-kelemumur atau anti ketombe di dalam bahasa Indonesia.

Tak kisah lah dengan buih syampu yang telah diumpaikan di kepala atau cecair syampu itu sendiri. Asalkan bahan syampu itu terkena badan lipas walaupun sedikit. Keberkesanannya melalui pemerhatian aku adalah sangat tinggi. Sehinggakan lipas mati walaupun terkena sedikit sahaja di bahagian kaki.

Aku syak bahan toksik kepada lipas ini adalah sodium lauryl/laureth sulphate. Ini jangkaan aku sahaja. Aku mungkin salah. Mungkin pengkaji serangga boleh beri penjelasan yang lebih lengkap.

Lipas akan menggelepur, kaki ke atas dalam masa purata 30 saat. Saat ke 45 biasanya lipas akan meninggal dunia. Memang berkesan!!

Tuan-tuan boleh cuba sendiri kalau tak percaya. Aku dah try banyak kali dalam tandas rumah. Selamat mencuba.

Salam hormat!!

3 comments:

  1. Aik..pnemuan baru ni..bleh try..tq bro..

    ReplyDelete
  2. skrg kalu nmpak lipas dlm bilik air msti den buat ujikaji dlu.kihkih..hri tu try guna shampoo rambut tp bkn jnis anti klemumur.mmg cpat lipas tu mati xsmpi 1 minit..smlm ada 3ekor lg lipas mncroboh den guna cecair pncuci tndas (ada kndungan asid hydrochloric,propanoic dll) plak..yg ni lmbt cket dlm 2-3 minit bru mati..

    ReplyDelete