Tuesday 14 January 2014

Jarum Suntikan

Ok..before anything else..elakkan perkongsian jarum suntikan untuk ternakan kita tuan-tuan. Habis pesanan penaja. Masuk ke tajuk utama hari ini.

Setelah bosan menunggu doktor JPV datang ke ladang untuk membuat suntikan kepada kambing aku bila ada kambing sakit aku membuat keputusan untuk menyuntik sendiri kambing yang ada. Pelbagai saiz jarum telah aku gunakan sepanjang career menyuntik kambing sendiri ni. Hahaha. Dan aku dapati jarum yang paling sesuai untuk menyuntik kambing ni adalah jarum yang bersaiz 20G X 1". Perlu diingat semakin besar gauge(G) sesuatu jarum tu, semakin kecil saiznya. Ini bermakna jarum 23G lebih kecil dari jarum 20G. Dan jarum 16G lebih besar dari jarum 20G. Panjang nya ada yang berukuran seinci dan lebih.

Aku lebih gemar gunakan jarum 20G X 1" kerana ianya lebih versatile dari jarum bersaiz lain. Sebab utama ialah kerana ianya menepati jenis ubat yang aku gunakan. Ubat jenis emulsi seperti kebanyakan antibiotic adalah lebih pekat. Jadi jarum yang mempunyai gauge yang besar sesuai untuk "tarik" ubat yang lebih pekat. Tapi bila besar sangat dah jadi kejam pulak kepada kambing bila nak cucuk. 20G adalah yang paling sesuai.

Harga?...harga sekotak 100 pieces adalah RM10.00. Beli dari ibu pejabat JPV. Works out to be 10 cent each. Cheap? You tell me.



Ubat yang kurang likat seperti vitamin, ivermectin, oxytocin, iron dan sebagainya juga sesuai digunakan jarum 20G untuk tarik ubat. Walaupun yang bersaiz lebih kecil seperti 21G atau 23G boleh juga digunakan. Tapi aku taknak bazirkan duit dan resource nak simpan pelbagai jenis jarum.

Panjang jarum 1 inci juga memberikan keselesaan kepada aku untuk suntikan subcutaneous ataupun intramuscular. Kalau jarum panjang sangat biasanya akan terbabas, subcutaneous jadi intramuscular, yang intramuscular jadi tulangcutaneous pulak. Ok yang last tu aku main cakap je. Apa-apa pun seperti kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak jarum mati kambing. Jarum dengan panjang yang sesuai ini memberikan kawalan dan keyakinan terbaik semasa melakukan suntikan. Ini penting kerana jika tersalah cucuk maka secara tidak langsung keberkesanan ubat akan terjejas.

Aku juga ada meyimpan jarum yang lebih besar dalam arsenal aku. Biasanya yang bersaiz 18G atau 16G. Kegunaan utama adalah untuk meredakan kembung perut dengan menggunakan kaedah seperti alat trokar (refer post terdahulu) dan juga untuk "drain" nanah dan drench luka dengan ubatan.

Paling penting jangan berkongsi jarum suntikan.

Sekian, terima kasih.

6 comments:

  1. yap , saiz tu (20G atau 21G) memang sesuai. saiz lain samada agak kecil atau agak besar bagi kambing/bebiri. cuma, kalau saiz 21G tu agak 'susah' bagi ubat kepekatan tinggi, tapi still bleh pakai.

    Saiz 23G rasanya lagi susah (saya tak ingat saiz berapa yg terdapat dari kedai farmasi biasa, tetapi terlalu kecil - mungkin untuk manusia sesuai).

    Saya dah tak pakai jarum non-disposable (20G) tapi hanya disposable (21G) walaupun ubat sedikit pekat - susah sikitlah tapi still ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tuan..23G biasa digunakan utk manusia..sebab dulu..masa demam stress..saya selalu kena cucuk dengan doktor kat bontot..doktor tu pakai jarum 23G..

      21G saya gunakan bila 20G dah habis stok. Betul kata tuan..susah sikit nak tarik ubat pekat kalau pakai 21G..

      Delete
  2. trima ksih bro2 skalian ats mklmat ni..mmg haram xtau psal jarum sntikn ni n saiz2 dia.haha..den kna beli jgakla mcm gmbr bro ECH tu 20G 100btg rm10 jer yer..murah tu..tp kalu tnggl kt kndg ni mau kna sebat dgn Mat Pet..tq bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini rahsia. Jangan bagitau org lain..kalau nak beli ubat murah..jangan beli dekat pejabat daerah. Beli dekat ibu pejabat. Beza 25%. Jangan beli juga dengan company vet supplies secara direct. Sebab diorg mark up price gila2. Tapi bila tender ubat untuk supply kepada jpv diorg akan compete sapa paling murah. So ibu pejabat hanya mark up 5% dari harga tender.ibu pejabat supply kepada pejabat daerah. Pejabat daerah, mcm saya ckp td up lagi 20% jadi 25%. Ssshhhhhhh

      Delete
    2. Ubat dan juga peralatan lah..garam jarum, syringe etc.

      Delete