Tuesday 28 January 2014

Nostalgia

Adapun aku ni baru menternak kambing secara official, usaha ternak ni boleh dikatakan telah aku ceburi sejak dari kecil. Kisahnya bermula sejak aku masih kecil, umur lebih kurang 7 ke 8 tahun. Dulu aku selalu temankan ibu aku ke pasar tani di Wakaf Che Yeh. Bukan pasar yang ada sekarang ni. Dulu oldskool punya. Tok Ba mesti tau pasar tani Wakaf Che Yeh era awal 90-an dulu. Bila sampai di pasar tersebut aku akan terus pergi ke bahagian hulu pasar ke satu gerai pakcik ni yang menjual pelbagai binatang hidup. Dari ayam kampung sehinggalah burung merak. Dari arnab sehinggalah kucing parsi. Dari ikan laga sehinggalah kura-kura. Aku masih ingat pakcik ni. Gendut orangnya, berkopiah dan tak pernah butang baju sampai atas. Setakat perut je. Macho mungkin. Panas pun mungkin jugak. Hampir setiap minggu aku hadir di gerai pakcik tu sehingga suatu masa orang ramai ingat aku ni anak dia sebab selalu tolong bagi makan ayam dan burung yang dalam sangkar tu.

Ibu aku pula bila dah siap shopping barang basah akan beri upah kerana sabar menunggu dia. Upahnya ialah ibu akan belikan binatang yang pakcik tu jual lah..kadang ayam hutan..kadang ayam serama..kadang itik serati..kadang ayam api(mutiara)..Kadang dapat ikan..Sampai satu tahap dah jadi macam zoo rumah kita orang.

Selain ayam dan burung aku juga bela beruk dan kera sehinggalah umur aku 15 tahun. Naik tingkatan 4 aku kena sambung belajar kat sekolah berasrama penuh. Terpaksalah give away Mek Bunga (beruk) tu. Kera(Ella) pulak aku lepaskan kat hutan. Ayam semua jual. Ikan kelisa yang aku bela disimpan. Aku balik sebulan sekali untuk tukarkan air dalam aquarium sehinggalah dekat-dekat SPM aku tak dapat nak balik kerap. Jadi takde orang nak tukarkan air. Last-last ikan kelisa tu pun mati. Bayangkan dari panjang 2 inci aku bela sampai panjang 2 kaki. Sedih woooo.... Aku simpan ikan kelisa yang dah mati tu dekat 2 tahun dalam peti sejuk. Sebab terlalu sayang nak tanam ikan tu.

Lepas tu terus sambung pelajar peringkat tertiary. Time tu dah mula slow aktiviti membela ni. Seingat aku, aku hanya bela seekor ikan laga dalam balang semasa belajar. Senang nak manage dan pihak management apartment pun tak consider that small fish as pet. Sehinggalah graduate dan masuk kerja dan kahwin. Aku tak pernah bela apa-apa dah.

Masa mula-mula kahwin, semangat nak membela datang lagi. Aku construct sendiri kandang kambing pertama aku. Dengan sedikit bantuan dari adik aku. Dia pitched in last minute. Modal paku je. Kayu aku rembat mana yang ada belakang rumah. Zink pun rembat dekat contruction site, diorang dah tak pakai pun,kemek-kemek dah semua. Ukuran lebih kurang 6' X 4'. Aku beli kambing Boer F4 kata si penjualnya. Harga RM450. Tahun 2008. Aku beri nama Toby. Mahal sungguh aku rasa time tu. Time tu tak kenal pun ape benda F4 jadah. Aku tahu F1 yang lumba kereta tu je.

 Ini pakcik aku, dia yang jaga kambing ni part time bila aku outstation pergi hantar lembu luar Kelantan. Kalau tengok betul-betul boleh nampak kandang kambing kat background tu. Asal boleh je kandang tu.

Aku bela kambing tu sehinggalah dapat anak pertama. Aku sembelih buat aqiqah untuk anak aku kambing tu. Mulai saat itu aku dapat rasa suatu perubahan dalam diri aku...suatu perasaan yang sangat best..dapat buat aqiqah anak sendiri dengan sembelih kambing yang aku bela sendiri...indescribable feeling..but a good feeling nonetheless...Alhamdulillah..anak kedua pun dapat sembelih kambing yang dibela sendiri untuk aqiqah.

Dari situlah terus tangkap cinta sama kambing. Sangat best bela kambing ni. Lagi best kalau dapat sembelih kambing yang kita bela sendiri untuk aqiqah anak kita. Haaa...






3 comments:

  1. Tq for sharing ur wonderful experience. Welcome back to mmmmbbekking!!

    ReplyDelete
  2. Kalu Mok demo beso beli keropok leko Teganu di Pasar Tani W.C.Yeh,Ambo la tu.Ambo la oghe yand mula2 populerkan kropok leko Teganu diKlate ni.Maso tu P.Tani W.C.Yeh tok brapo soho mano lagi.1990an ambo wat kropok dan berenti 2005.Takdok tenaga kerja dan kos input, melambong serta saingan klon2.

    ReplyDelete
  3. PokCik jual tu berjanggut weee,dkat bena ngan ambo jual tu.Lo ni ambo kena lagi kalu jupo

    ReplyDelete