Wednesday 22 January 2014

Selepas balik dari JB

Dari hari Ahad aku tak masuk ladang sebab nak uruskan penempatan isteri di negeri orang. Travel pelbagai mode pengangkutan barulah sampai ke final destination.

Sampai dah lewat petang semalam. Dapat call dari ladang kata ada anak kambing yang kena puru kat kaki tu tak sembuh-sembuh. Adik aku minta permission nak sembelih. End its misery. Aku kata bagi kat pekerja asing. Biar diorang try rawatan tradisional. Kalau menjadi rawatan tu. Aku share ubatan yang digunakan.

Hari ni pagi-pagi juga dapat call dari customer lembu kat kampung. Minta buat farm call sebab ada lembu jantan (muda) tak lalu makan dan kena maggot infestation kat kaki. Aku biasa buat rawatan free of charge je untuk customer dan kawan-kawan. Aku faham perasaan penternak yang kecewa bila call JPV untuk buat rawatan kena tunggu sampai ada ternakan yang mati baru terhegeh-hegeh pegawai nak sampai. Kalau datang pun setakat cucuk Vitamin B comp dan antibiotic. Kalau ivermectin kena bayar sampai 10 ringgit seekor. Kira jihad akulah untuk industry penternakan ni. Membantu fellow breeders, keepers. Bagi rawatan percuma sambil kongsi ilmu, sambil belajar, sambil gain confidence. Lembu, kambing, biri-biri je yang aku buat rawatan. Kuda dan small pets lain aku tak reti.

Takde celong, lorong..main ikat jerut dan rebahkan atas tanah. Gaya macam dah nak sembelih.


Oh yeah special mention untuk Tok Ba. Aku pernah jumpa dia dulu kat kedai basikal di Kota Bharu. Time tu aku gi beli saddle bag untuk aku punya mountain bike. Avid rider dia ni. Masih ingat cerita dia..kayuh basikal sorang-sorang, malam-malam. Steady!! Semua alat cukup, pam basikal, puncture kit semua bawa. Eveready lah katakan. Tok Ba mari kito main enduro pulok dale ladang sawit.

Hari ni petang baru nak masuk ladang. Tengok kambing. Ok, nanti update lagi.







1 comment:

  1. Tokleh doh we nok naik Enduro,takut suko kobudok2.Kalu demo ado lebih,buleh ambo gi try.Maso omo 30an dulu,penah paka moto besa we,Kawasaki Vulcan 1500 cc,kiro lesen pon B laa,buleh nok naik mace2 cc moto.Lo ni pon masih minat lagi ngan moto kuasa tinggi.

    ReplyDelete