Friday, 28 February 2014

Intramuscular, subcutaneous atau Intravenous?

Bila beli ubat baru, aku suka baca leaflet instruction yang datang bersama ubat tu. Maklumat tentang kandungannya, dosage, indication dan yang paling penting cara pemberian.

Biasa ada ubat yang kena beri secara intramuscular,  ada yang kena suntik secara subcutaneous (Sub-C; Sub-Q) dan ada juga yang kena buat drip intravenously. Tapi yang last sekali ni jarang la. Bagi aku sendiri pun susah sebab kena locate urat. Kalau lembu takpelah, besar. Kambing kecil sangat, bagi mereka yang dah mahir takde masalah nak buat IV ni.

Ubat untuk fast acting seperti multuvitamin, antihistamines,  anti inflammation, antibiotics biasanya harus diberi secara IM. Betullah fast acting sebab cucuk kat dalam otot. Manakala ubat yang bertindak secara systemic seperti ivermectin pula diberi secara sub-Q. Ubat seperti ivermectin ni merengsakan sebenarnya. Jadi kalau cucuk dalam otot memang amat sakit kepada kambing. Pernah sekali kenalan aku tercucuk jarum suntikan yang mengandungi ivermectin ke dalam jarinya, membengkak sehingga 4 ke 5 kali ganda. Dah macam untut.

Tapi apa kaedah sekalipun tidak ada salahnya. Ubat yang sepatutnya untuk suntikan IM boleh je disuntik secara sub-Q. Begitu jugalah sebaliknya. Aku sendiri untuk anak-anak kambing aku prefer suntikan secara sub-Q kerana sakitnya adalah kurang sedikit berbanding suntikan secara IM. Dan kalau dosage yang aku nak berikan tu melebihi 3cc tak kira lah untuk anak kambing atau kambing dewasa, aku akan gunakan suntikan secara sub-Q.  Sebab suntikan secara IM dengan isispadu ubat melebihi 3cc bagi aku akan menyebabkan kesakitan yang kuat/lebih berbanding biasa dan kambing biasanya akan berjalan senget untuk hari tu.

Cuma berhati-hati masa suntik tu. Jangan terkena pada lymph node, boleh mati terus kambing tu.




Wednesday, 26 February 2014

Update Kandang III

Pembinaan sudah mencapai 90% siap. Sekarang ada sikit je lagi petak bersalin yang nak disiapkan. Kambing semua mcm dah tak sabar nak pindah rumah baru.

Kandang baru ni ada 30 hingga 33 petak bersalin. 2 kandang bagi tujuan penggemukan. Setiap satu boleh muat lebih kurang 40 ekor kambing dewasa. Aku rasa ini memadai untuk tahun 2014. InsyaAllah 2015 kena tambah kandang lagi.



Kuda tunggangan haruslah masuk gambar juga. 


Kos pembinaan setakat ini masih lagi dalam budget yang telah di proposed. In fact, ada penjimatan dari segi penggunaan bahan binaan dan juga harga kayu. The trick is to buy from several sawmills. Bring down the average cost. Bila ada projek kandang kambing ni, depot kayu semua pakat nak offer harga murah. Grab the opportunity,  sekali-sekala jadi opportunistic tak salah, kan?

Racun dan alat semburan dah ready. Tunggu masa je nak rasmi ni. Bosan menunggu kita layan pancing dan taut. Gambar kat bawah ni puyu gergasi yang dapat dari kolam. Keli pun ada tapi tak sembat ambil gambar dah kena goreng. Tak lagi fotogenik bila dah kena goreng. Jadi tiada gambar. Sedap memang sedap sebab bukan ikan bela. Sendiri cari makan.






Thursday, 20 February 2014

Garam Jilat dan Element Copper

Ini kontroversi sikit. Kalau ikut kata para doktor veterinar dari JPV, kambing tak boleh ada element copper dalam pemakanannya. Begitu juga kata consultants di beberapa pengedar ubatan ternakan yang ada di Malaysia ni. Tapi lain pula kata kertas kajian oleh pakar pemakanan ruminan dari barat. Kata mereka element copper ini adalah antara yang terpenting. Nak-nak untuk operasi kambing tenusu.

Garam jilat yang aku gunakan sekarang adalah dari N.A.M. Trading (Ipoh), element copper ni memang tak tersenarai di dalam komposisi garam jilat ni. Aku juga pakai garam bukit natural, yang tu memang tak ada langsung penentuan dari segi komposisinya.

Copper diklasifikasikan sebagai micro mineral. There's no need to reiterate the importance of copper for the whole bodily function of a goat. Antara tugas copper yang terpenting ialah untuk convert atau metabolize iron bagi penghasilan hemoglobin dalam darah. Dengan kata lain, kalau tak cukup copper, kambing boleh jadi anemik. Copper juga sama seperti selenium membantu meningkatkan tahap fertility kambing dan imunity.

Bagi kambing intensif yang gunakan dedak PKE, PKC rasanya tak ada masalah shortage copper ni sebab dalam dedak ni dah ada element copper. Silap haribulan boleh jadi copper toxicity. Aku pernah alami nya sendiri masa mula-mula start bela kambing dulu. Bela 4 ke 5 ekor, aku hentam kasi makan dedak day in day out. Mati keras kambing aku. Hahaha. Betapa bodoh dan ignorant nya aku sebagai penternak kambing. But one learns from his mistakes, right?

Tapi kalau kambing semi intensif macam mana? As a general rule, tumbuhan hijau tu dah mengandungi copper element. But we cannot be certain or for sure yang kambing kita receive the daily percentage of copper as recommended. Unless ada antara kita yang buat test ke atas daun-daun yang kambing makan dan dapat result yang conclusive. Dalam hal ini, aku amik jalan tengah. Aku gunakan garam yang ada element copper. Secara sparsely. Aku tak letak dalam kandang tapi aku sangkut kat tiang yang aku tanam di padang ragut. Tu pun tak banyak la. 1 out of 3 ketul garam jilat adalah yang mengandungi copper. Yang lain standard garam yang takde copper. Aku buat begitu supaya access kepada garam yang ada copper ni limited untuk elakkan keracunan(beringat sebelum kena). Aku juga gantungkan garam ni rendah sedikit supaya anak kambing pun dapat access sebab copper ni juga penting untuk growth anak kambing. Tapi aku juga percaya binatang kambing ni, macam binatang lain juga, diberi keistimewaan oleh sang Pencipta yang mana mereka boleh tahu bila mereka dah cukup ataupun masih kurang pengambilan sesuatu bahan itu. Jadi tak ada masalah bagi aku nak bagi  garam yang ada copper sebab aku percaya kambing aku tahu mana baik dan buruk makanan yang mereka makan. Aku percaya kambing aku jika diberi free choice mereka tak akan go beyond the threshold sehingga boleh sebabkan copper toxicity.

Satu lagi sebab aku gunakan garam yang ada copper ni juga kerana ianya lebih murah. Hahaha. Beza dekat RM20 untuk sekotak 20kg. Works out to be RM1 per kg. Dan kalau kambing consume as much as 10 grams sehari tu dah beza 1 sen/hari; cost bagi seekor kambing. 1 sen banyak tuu..hahaa kedekut punya tuan kambing, 1 sen pun berkira.

So, copper..yay or nay?

Sunday, 16 February 2014

Update Kandang II

Hari ni masuk hari ke-8 proses pembinaan. 2 hari dah rugi sebab tunggu kayu yang di order tak sampai-sampai. Tukang pun dah bising sebab rugi masa dia. Hahaha. Cabaran urus projek sendiri. Projek la sangat.

Tiang kandang, kayu beam, dan alas dah siap. Lantai pun dah siap. Tiang atas hari ni dah siap potong dan tebuk lubang. Esok boleh start pasang sekali dengan beam atas. Lepas tu rangka bumbung dan bumbung. Then boleh start buat petak untuk kambing. Aku estimate dalam seminggu dari sekarang dah boleh start bina petak untuk kambing.



Masuk bab petak ni aku pening sikit. Nak ikut current design ke. Atau nak come up dengan design baru. Nampak sangat tak cukup melawat kandang penternak lain. Jadi ketandusan idea. Nampak gaya kena brainstorming dengan adik aku untuk come up dengan lay out yang paling praktikal.

Hmmmm..

Thursday, 13 February 2014

Babies a'coming

Lepas setahun setengah more or less bela kambing. La ni baru dapat cucu. Words don't do enough to express my gratitude. Thank you the Almighty. Sekarang sudah dapat cucu.

Few more are coming. Rasa hilang tension semua masalah bila tengok kambimg dah bercucu. I know it's nothing big to talk about for old time breeders. But for a newbie like myself, it is an achievement to be celebrated. Alhamdulillah.

Kedua-dua induk berumur lebih kurang 11 bulan. Setahun la senang cakap. Both single births. Both are healthy and milking well. Both dah dilepaskan ke pastur sehari selepas deliver.



Tuesday, 11 February 2014

Kutu Babi II

Hari ni aku dah jalankan operasi Kutu Babi. Sembur seluruh kandang dengan kambing-kambing sekali dengan racun Malathion.

Tergendala sedikit sebenarnya perjalanan hari ni. Troubleshooting untuk bekalan elektrik ke tapak kandang baru terpaksa ambil masa berjam-jam. Satu sebab wayar yang panjang, nak kena potong dan sambung di beberapa bahagian. Satu lagi sebab wayar dah shock terpaksa potong balik dan gantikan dengan yang lain, terpaksa bawa dari rumah. Makan masa lagi.

Pukul 12.30pm baru start mandikan kambing. Ambil masa dekat sejam. So, kambing hari ni meragut kurang sejam setengah dari hari-hari biasa.

Aku make sure sekor-sekor basah seluruh tubuh. Adik aku yang pegangkan kambing dan aku jadi tukang sembur. Semua dah siap mandi, aku lepaskan meragut. Then sambung cuci kandang dengan lebihan air bancuhan racun tadi. Aku ikut sukatan dekat buat sedikit lebih. Ikut arahan kat botol untuk bunuh kutu 8ml untuk 4.5 liter air. Aku guna kira-kira 200 liter air. Jadi aku lebihkan satu tudung botol, kira-kira 50ml.

Nasib baik tak mabuk kambing aku. Lebih teruk kalau ada yang mati. Hahaha. Anak kambing yang menjadi punca kutu tu nampaknya dah makin baik. Kutu semua dah mati. Tinggal mayat je kat bulu dan badan dia. Aku malas nak kutip sekor-sekor. Biar kutu tu jatuh sendiri.

Apa-apa pun kena jadikan ini satu pengajaran. Kena selalu tengok jika ada outbreak lagi sekali. Fuhh..penat!!

Monday, 10 February 2014

Kutu Babi laa pulak

Patut laa sekor anak ni taknak besar-besar. Hari ni pekerja aku baru tengok anak kambing tu penuh kutu satu badan. Kutu Babi. Tu pun sebab dah penuh kat kulit bawah bulu. Maybe kutu tu nak lancarkan perang terhadap kawanan kambing aku.

Terus aku check randomly kambing yang lain. Memang ada yang dah dijangkiti. Aku terus mandikan anak kambing tadi dengan permethrin. Tak sempat nak sukat dah berapa ml untuk dilute. Ini dah emergency case. Kutu semua gemuk kenyang dengan darah. Bau racun kuat menusuk hidung. Aku rendam terus anak kambing dalam baldi. Sampai naik pening anak kambing tu. Jalan terhoyong-hayang macam orang mabuk. Nasib baik tak mati.

Selang 15 minit, kutu semua dah mati. Esok terpaksa mandikan semua kambing aku. Adoi..kerja berat ni. Kena start awal. Ingat baru nak settle few things kat Kota Bharu. Sekali kena buat semburan. Adoii..

Anak kambing tu aku suspect dah jadi anemic. Kena buat treatment dengan iron+multivit. Tambah darah. Satu lagi cabaran.


Sunday, 9 February 2014

Update Kandang




Hari ni dah masuk hari kedua construction. Progress ok lah. Aku puas hati. Panas kot semalam dengan hari ni. Kesian juga orang kerja. Pastu semalam seorang pekerja terpijak paku. Jadi tinggal seorang je la yang kerja hari ni.

Lubang tiang dah siap digali. Sebaris tiang dah pun siap di tanam. Esok mungkin akan siap 2 baris lagi. Lepas tu progress akan jadi cepat lah. Kerja nak buat base ni memang lambat. Kalau nak base kuat, kena makan masa lah. Kalau buat cepat, memang tak lama laa kandang tu nak runtuh.

Setakat ni takde masalah sangat kecuali backhoe yang dalam gambar tu 2 kali rosak. Pecah paip hidraulik. Mesin dah tua. Paksa kerja berat sikit mesti ada problem. Mesin tu diguna untuk bancuh makanan lembu fidlot je.

Sebenarnya aku dari Isnin lepas lagi tak masuk ladang. Hantar isteri aku gi Johor. Drive kereta untuk dia then tinggalkan kereta tu kat sana untuk kegunaan dia. Jadi update selama ni hanya melalui perkhabaran dari adik aku.

Saturday, 8 February 2014

Kambing mati secara tiba-tiba?

Memanglah..mana ada dia kasi surat notis kalau dia nak mati. Hahaha..

Maksud aku, kambing yang kita bela ni, kebanyakannya mati secara tiba-tiba. Tak nampak sangat sakitnya. Esok dah keras dalam kandang. Ini pasal apa ni?

Selain dari mati tiba-tiba sebab accidental death dan penyakit-penyakit lain; persepsi kita terhadap kambing mati secara tiba-tiba ni ada mainkan peranan membuatkan kita rasa kambing kita mati secara tiba-tiba. Haaa..pening tak ayat aku. Aku bukan cikgu bahasa. Sesuai sangatlah.

Maksud aku (2), kambing ni jenis binatang yang hardy, lasak, ganas, barbarian, kuat..tak macam lembu. Kalau lembu, boleh nampak sakitnya. Demam sikit terus duduk, tak lalu makan, kurang aktif/alert, lose weight, bulu menegak pastu mati.

Kambing ni selagi mana boleh gasak, dia akan gasak, masih keluar meragut, masih berkawan, masih makan, masih melompat, masih bernafsu, sehinggalah badan dia rasa tak boleh nak take it anymore, bila demam dah jadi > 108°F, bila rumen tak lagi berfungsi, bila dehydrated tahap kritikal, bila kidney dan liver failing, barulah dia akan terduduk and most of the time it is already a little too late for the owner to do anything about it. Maut menjemput in a matter of hours from there on. Tu yang nampak kambing kita macam mati tiba-tiba.

And that is why my friends, we have to be very watchful and vigilant towards our herd's health status. Dan aku juga setuju 10,000 jam adalah penting untuk betul-betul buat kita mahir untuk diagnose ape benda yang tak kena dengan kambing kita. Problem is they won't show any signs or symptoms before it's too late.

I spend approximately one hour each day watching every one of my goats after they're back in the barn. Just observing them through and through. One has to this; for tomorrow is already too late.

Friday, 7 February 2014

Kelantan suka "Tewah"

Tewah tu kalau alih bahasa bakunya adalah Tewas. Membawa maksud beradu, macam beradu tenaga. Tapi di Kelantan ni rakyatnya, selain suka beradu tenaga, mereka juga suka "tewah nate". Atau beradu binatang.

Tak kiralah, selagi spesis binatang tu boleh diadukan, mereka akan diadukan. Antaranya ialah, ayam serama, burung ketitir, burung candik(bulbul), burung puyuh, biri-biri, lembu, belalang rusa (pelesit), murai, arnab dan macam-macam lagilah.

Tapi aku belum pernah tengok orang Kelantan "tewah" kambing. Aku kira jika ada penganjur dan pengadil yang arif, boleh je pertandingan "tewah kambing comey" ini diadakan. Macam di negara mat saleh sana. Kategori boleh dibahagi kepada local, local crosses, imported breeds haa gituh. Pertandingan pulak buat macam acara untuk spesis binatang kat atas tadi iaitu weekly. Judging criteria should encompass appearance, bone to muscle ratio, parentage, etc. Boleh je adopt criteria pertandingan dari luar negara.

Tapi sebenarnya benda-benda macam ni hidup subur di Kelantan sebab sini masih lagi takde panggung wayang, takde mall besar-besar, takde theme park jadi permainan sebegini adalah alternatif kepada tempat yang aku sebutkan tadi. And believe it or not, I'd love for it to stay this way.

Kalau Tok Ba tak start (kena beri laluan kepada senior dulu) anjur pertandingan macam ni, aku akan bawak kambing aku pegi pasar tani Wakaf Che Yeh everyday Friday, bukan nak jual, tapi buat show piece. Bertanding dengan adik aku pun boleh, bukan orang tau pun adik beradik. Hahaha.

Thursday, 6 February 2014

Mimicking IRL

Bela kambing ni nak kata susah..takde la susah bila dapat merasa kemanisan dalam membela..nak kata senang, pahit juga nak menelan bila kesusahan/kepayahan/masalah datang melanda.

Kalau nak kerja membiak/membela tu senang, mungkin boleh amalkan sistem semi intensif atau pun extensive. Kalau nak have more control on your herd mungkin boleh amalkan fully closed, fully intensive system.

Tapi target aku ialah nak mimic kehidupan sebenar kambing liar. Dengan kata lain nak adopt sistem extensive tetapi masih ada unsur kawalan semi intensif, tapi taknak extensive. Ok, dah pening. Tapi aku harap rakan-rakan faham.

Ini kerana aku tengok kambing yang lepas bebas dekat tepi jalan, makan dari tong sampah lebih sihat dari sesetengah kambing di ladang aku. Aku kira kebebasan yang mereka nikmati menjadi satu faktor penyumbang dalam tahap kesihatan mereka yang excellent. Aku berani bet yang FEC kambing jalanan ni lebih tinggi dari kambing di ladang aku cuma mereka tak tunjuk sympton dibebani parasit.

Jadi macam mana nak mimic persekitaran yang macam tu? Aku taknak lepaskan mereka menyelam dalam tong sampah..no one in their right mind would do that. But at the same time I want my herd to be as superior as those dumpster diving, trash scavenging group of goats.

Mengembala di dalam kawasan ragutan aku masih tidak mampu buat mereka kuat. I mean kuat dari segi fisiologinya. Takkan nak gi mengembala kawasan pelupusan sampah..hahahah..

Aku masih lagi mencari-cari kaedah untuk mimic kehidupan kambing jalanan ni untuk diadaptasikan kepada kambing yang ada di ladang aku.




Tuesday, 4 February 2014

Kambing aku pun kena Mastitis

Ini kena minta tolong Pak Es ngan Tuan Adil ni..kambing katjang aku pun kena Mastitis. Tak boleh jadi ni..ingat kambing dairy je yang ada risiko ni. Sebab pada aku jarang sangat laa kambing katjang nak kena Mastitis ni. Tadi adik aku yang check ada 3 ekor yang confirmed Mastitis. Seekor yang serious, demam sampai 108°F. Habis ukuran kat thermometer. Memang kambing tu takde selera langsung hari ni. Jadi aku bagitau adik aku untuk inject antibiotic paling first. Then dia perah semua susu busuk keluar. Busuk betul, campur nanah.

Ini lah kalau take things for granted. Nampak sangat novice breeder. Pemalas punya tuan kambing. Kambing kena Mastitis pun boleh tak perasan. Aku ingatkan cacing ke apa. Harap-harap kambing tu akan pulih dari demam dan kembali on feed. Atau kena cap sembelih jugak nanti?

Kambing ini bukan aku milk dengan tangan pun, cuma ada yang kematian anak, dan induk ni produce lebih daripada requirement anak dia yang baki, tu yang sampai jadi bengkak, aku pulak pemalas, asyik dok perhatikan symptoms yang lain. Susah betul kalau kerja takde S.O.P. ni. Macam ni lah jadinya.

I am betting on the hardiness of the native blood. Hopefully they will recover ASAP. Next time aku kena berhati-hati bila tiba musim kidding. Masalahnya masa kidding banyak hari tu, takde pulak yang kena Mastitis, ini intermission kidding ada pulak yang kena, nak kata faktor cuaca tak jugak, sebab panas memanjang je. Takde faktor lain selain kandang kotor dan juga tuan punya kambing seorang yang pemalas. Oh ya dan juga faktor anak kambing hisap susu tak habis. Sepatutnya tak habis tuan dia kena perah kasi habis. adoii


Monday, 3 February 2014

Jadual Deworming untuk Kambing Dewasa

Tak ada jadual sebenarnya...nak kata selective pun tak jugak..sebab ada juga yang mengikut interval..tapi bukan semuanya aku beri mengikut interval tadi.

Ini pengalaman aku setakat ini;

Ada induk yang constantly kena deworm sebelum atau selepas parturition. Jadi ini dah bukan selective. Ini dah jadi periodic. Every 6 months or so.

Bagi saanen aku, every 4 months. Exactly 4 months. Boleh tengok kesan pada kambing kalau lambat deworm. Bulu akan jadi ruffled. Kurus. Berak cair.

Bagi pejantan katjang dan sesetengah induk local cross. Tak pernah deworm pun ada. Ini dah bukan selective atau scheduled sebab tak pernah.

Bagi anak kambing. Sehingga umur 6 bulan aku wajibkan kena deworm paling kurang pun 3 kali. Tapi ada juga anak yang jenis perform, yang jenis progeny. Yang tu aku hold back sikit untuk deworm.

Deworming ni secara ringkas aku katakan kena tengok pada observation atas kambing tu. At the same time kena amik kira faktor resistance build up bagi parasites tu. Tak boleh juga nak deworm dengan same substance year after year. Tapi tu lah, we don't have that many choices in terms of available anthelmintic in the market.

Ladang aku tak boleh nak adopt hardcore selective deworming. Tak boleh juga nak adopt hardcore scheduled deworming. Kena amik jalan tengah. Kena amik jalan paling economic dari segi penggunaan dewormer dan juga end results.



Sunday, 2 February 2014

Chasing Does

Di peringkat operasi ladang aku sekarang ni aku perlu prioritize balik ciri-ciri breeder stocks yang ada di ladang. Perlu buat saringan balik berdasarkan kualiti dan possible return value yang boleh dihasilkan dari seekor induk. Kena reevaluate, reconsider induk yang ingin aku simpan sebagai breeder stocks dan yang perlu di keluarkan dari program pembiakan.

Yes, I purchased most of the goats that I owned today in bulk(groups) as I wanted to get the best deal.  But not all of them are good breeders. 2 kali kidding sudah cukup untuk aku gauge performance mereka dan untuk aku decide whether they are worth keeping or not.

The most important thing is that whatever price that I decide to dispose them at, it has to be profitable. Dah ada pun yang aku jual untuk sembelihan dan juga sembelih untuk makan. Berkenaan induk yang aku nak pilih untuk disimpan, size bukan top priority bagi aku. Twin birth pun bukan dalam top 3. Kayu ukuran yang aku pakai bagi tujuan pemilihan induk mengikut turutan adalah seperti berikut;

1. Mempunyai campuran darah katjang
2. Good motherly instinct
3. Kidding Interval - the shorter the better
4. Ketahanan terhadap penyakit - low cost, minimal intervention
5. Size of udder, balanced teats - adequate milk for kids
6. Kidding rate - singles or twins.

Kemungkinan yang score rendah dalam ukuran kriteria di atas akan aku buang dari program pembiakan. Induk ini akan digantikan dengan induk yang menepati ciri-ciri diatas.

Secara ringkasnya, pencarian induk kali ini akan melibatkan pertanyaan soalan yang lebih detail berkenaan induk yang akan diperolehi.


Saturday, 1 February 2014

National Geographic: Apex Predator

Semalam masa pergi buat swap kambing tu ada kejadian yang tak diingini berlaku kat ladang aku. Aku pun baru dimaklumkan pagi ni oleh pekerja aku. Agak terkejut juga. Sedih pun ada.

Ya, the serpent has returned. With a vengeance. More notorious than ever. Ular sawa telah membaham kambing aku. During daylight. Jam 3pm. Ketika kambing sedang asyik meragut. Ketika pengembala leka sejenak. Dah jadi macam scene dalam documentary kat TV. Pengembala takut nak masuk dekat kerana saiznya yang sangat besar, besar peha kot. Bergulung-gulung, berguling-guling ular tu menjerut kambing aku. Kambing pula hanya sempat mengembek 2 kali sahaja meminta pertolongan dari pengembalanya. Staf aku memanggil orang kampung yang ada senapang tapi bila kembali ke tempat kejadian sang serpent dah hilang. Bangkai kambing ditinggalkan.

Mangsanya adalah seekor induk yang average performer. Katjang cross. Dah 2 kali kidding. Weight was approximately 45kg. Umur dah 2 tahun setengah.

Pekerja aku mengikat kambing pada batang pokok tumbang berdekatan tempat serangan dan ditinggalkan semalaman. Pagi tadi memang nampak kesan si culprit tu kembali untuk menuntut korbannya. Ada cubaan menelan bangkai kambing itu bulat-bulat. Tapi tak dapat sebab kaki belakang bangkai kambing tu dah diikat kemas.

Aku tahu ular ni lapar. Aku tahu ia akan menyerang lagi dengan Modus Operandi yang sama. Waktu dan ketika yang sama iaitu during daytime. Aku tahu ia akan menyerang sehingga ia berjaya dapatkan habuannya. Aku mesti beradu kepandaian dengan ular ini. Sama ada aku berjaya menangkapnya atau dia berjaya membaham kambing aku dan hilang untuk sepurnama lagi sebelum ia muncul semula untuk tangkapan seterusnya.

Ok, parang puting mungkin tak lut untuk menakir ular tu dan kill reach juga agak limited. Aku rasa kena sediakan lembing. 2 batang paling kurang. Kot-kot 1st throw tu tersasar. I am going savage against this serpent. Gonna go all cave man on it.

2 atau 3 bulan lepas 2 ekor ular sawa telah dibunuh oleh orang kampung. Saiznya agak impressive. No less than 10 feet for each animal. Jadi aku amat pasti ular yang in question ini datangnya dari sungai utama di arah timur ladang aku dan dibawa bersama air banjir tempoh hari. Memang tak habis stok ular sawa ni setiap tahun. Sentiasa berganti.

Aku nak racun tapi biasanya akan jadi off target sebab carcass ayam akan dibaham oleh pemangsa yang less timid dari ular sawa ini iaitu biawak. Jadi method yang tu kurang accurate. Aku rasa kena tunggu dan buru. Itu adalah yang terbaik.

I truly believe it will strike again. As soon as tomorrow. It is hungry. It has to start killing again.

Hei ular sawa..kill or be killed.