Thursday, 6 February 2014

Mimicking IRL

Bela kambing ni nak kata susah..takde la susah bila dapat merasa kemanisan dalam membela..nak kata senang, pahit juga nak menelan bila kesusahan/kepayahan/masalah datang melanda.

Kalau nak kerja membiak/membela tu senang, mungkin boleh amalkan sistem semi intensif atau pun extensive. Kalau nak have more control on your herd mungkin boleh amalkan fully closed, fully intensive system.

Tapi target aku ialah nak mimic kehidupan sebenar kambing liar. Dengan kata lain nak adopt sistem extensive tetapi masih ada unsur kawalan semi intensif, tapi taknak extensive. Ok, dah pening. Tapi aku harap rakan-rakan faham.

Ini kerana aku tengok kambing yang lepas bebas dekat tepi jalan, makan dari tong sampah lebih sihat dari sesetengah kambing di ladang aku. Aku kira kebebasan yang mereka nikmati menjadi satu faktor penyumbang dalam tahap kesihatan mereka yang excellent. Aku berani bet yang FEC kambing jalanan ni lebih tinggi dari kambing di ladang aku cuma mereka tak tunjuk sympton dibebani parasit.

Jadi macam mana nak mimic persekitaran yang macam tu? Aku taknak lepaskan mereka menyelam dalam tong sampah..no one in their right mind would do that. But at the same time I want my herd to be as superior as those dumpster diving, trash scavenging group of goats.

Mengembala di dalam kawasan ragutan aku masih tidak mampu buat mereka kuat. I mean kuat dari segi fisiologinya. Takkan nak gi mengembala kawasan pelupusan sampah..hahahah..

Aku masih lagi mencari-cari kaedah untuk mimic kehidupan kambing jalanan ni untuk diadaptasikan kepada kambing yang ada di ladang aku.




4 comments:

  1. Walk. Walk. And more walk. ;)

    ReplyDelete
  2. Eden dah berumur...pinggang pun dah sakit...nak walk..walk..more walk..tu tak larat dah!! Eden tunggu kajian ECH....dapek buek intensif dengan low medium input:high output,...jadilah!! Teruskan usaha,Bro! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  3. Ambo pun nok kambing ambo aktif macam tuan dia,suka gateh Mtb. MORE WALK,MORE HEALTHY oooooo!!.Ambo tak suka kambing doh terperap dalam kandang,ambo sendiri pun naik rimas tengok kambing asyik tidur jeee.

    ReplyDelete
  4. Bro ECH kaedah mcm tu serupa mcm Aussie pkai kot,walk walk walk the talk.haha..kalu kaedah semi-intensif tnpa pngembala mcm den lah jwbnyo,mmg kurg mnjadi kmbing ni.perfomance kurang cantik..keje dia kuar mragut kol 2ptg balik kol 7mlm.den umpan dgn raw PKC(rm550/tan) start Januari tahun ni,sblum ni xbagi pun..selective deworming.dr sgi body score nmpk cntik nk tgk prfmance tahun ni camno..

    ReplyDelete