Thursday, 24 April 2014

An Eventful Day

Hari ni bermula seperti biasa. Aku start mengembala dan membimbing kawanan kambing aku sehingga ke sempadan ladang.

Tiba-tiba terdengar bunyi pejantan. Bukan bunyi biasa. Macam dalam kesusahan. Berlari aku ke arah diam tengok-tengok dah tersekat dalam paya. Aku terpaksa masuk sama dan tarik ia keluar. Berat weih..dah la taknak bekerjasama langsung.



Bila dah dapat keluar, terus je jalan ke depan mengejar betina-betina; as if nothing happened. Heh.

Lepas 15 minit sambung kerja mengembala, adik aku sampai ke tempat aku dengan motosikal. Katanya ada anak kambing yang sakit. Terus naik motosikal dengan dia balik ke kandang. Kawanan aku biarkan dalam mode autopilot.

Sampai kat kandang ada seekor anak kambing betina duduk terjelepuk kat bawah. Kambing ni baru berumur 2 bulan. Dah ada sakit puru kat mulut. Tapi yang ni sakitnya lain macam. Aku buat basic check up. Bukan dehydrated. Bukan anemic. Short of breath sebab mendengus. Keluar air dari mulut. Perut sedikit kembung dan berisi air yang lebih dari biasa. Aku agak indigestion. Terus capai jarum dan buat suntikan untuk melegakan angin. Memang keluar angin bersama air.

Aku pindahkan anak kambing ni ke atas kandang. Ada improvement selepas buang angin tadi. Tapi lepas 10 minit jatuh terduduk balik. Memang kambing ni kandungan air dalam perutnya lebih dari normal. Jarum bersaiz 16G tak mampu nak keluarkan air tu. Aku berkira dengan adik aku dan staff. Nak belah perut anak kambing. Kami cukur bulu dia kat perut tu dan aku mulakan untuk belah perut kambing. Halfway aku jadi gerun, jadi aku minta staff aku toreh dinding perut yang lapisan dalam. Laceration was only 1cm long. Kambing masih lagi mendengus macam tak dapat bernafas. Aku cucuk make shift trokar from needle cap ke perut anak kambing tu. Tembus dan keluar cecair dan angin. Tapi kambing dah terlampau sakit. Mata terbeliak. Not a good sign. At that instant, aku minta pekerja untuk menyembelih dari mati sia-sia.

Terus sembelih dan dari observation, darah merah pekat mengalir, bukan merah terang. A sign of poor oxygenation. Lagi musykil. So bawak carcass anak kambing tu pergi kabin dan aku start melapah. Everything was ok, except the extra water content inside the rumen. Then lepas keluarkan perut dan usus. Aku terus belah diaphragm untuk access kepada organ yang lain. Sini jadi satu benda pelik. Bila tembus je diaphragm tu, mencurah air keluar, beserta bau hanyir/busuk. Pelik ni, sepatutnya tak ada air dalam tempat ni. So aku tarik keluar senua paru dan jantung. Jantung ok. Paru ada masalah.

Paru sebelah kiri dah mengeras. Biru dan lebam. Further inspection aku  cuba palpate paru tu. Memang dah keras. Dah jadi macam fibrosis. Cubaan sistem tubuh badan untuk membaiki sel yang rosak. Aku ambil pisau dan belah dua. Keluar macam ketulan berwarna putih susu. Seakan lemak. Memenuhi rongga di dalam paru. Juga berisi air yang aku tak tahu dari mana datangnya. Kalau liver yang mengeras macam ni aku boleh agak macam cirrhosis. Tapi belum pernah jumpa lungs yang macam ni. Kena buat reference malam ni dengan lebai google.



Carcass tu tak dibazirkan. Aku hiris daging peha belakang. Goreng untuk makan tengahari dengan sup ikan haruan yang adik aku masak. Sedap sungguh!



Lepas makan tengahari masuk shift mengembala sebelah petang pulak. Belum hilang cemas pasal anak kambing tadi kena pulak sambut kelahiran triplets dari seekor induk yang bersaiz agak kecil. Pure katjang. Beranak tiga. Susah tu. Dah la anaknya besar-besar sebab dah cross breed. Lepas suapkan colostrum dan letak iodine etc., belum sempat duduk amik angin, kena sambut pulak kelahiran kembar seekor lagi induk. Cemas yang berkali-kali. Sebenarnya takde la cemas sangat. Saje je. Hehe. Alhamdulillah. Dapat 4 ekor anak jantan dan seekor betina. Triplets tu semuanya jantan. That's a first for House of Goats.

All in all hari yang meletihkan dari biasa. Malam ni kena study pasal paru anak kambing tu pulak. Hmmm




2 comments:

  1. Hebat,Bro. Aku nak tunggu pengalaman dapat triplet. Ada rahsia ker Bro???

    ReplyDelete
  2. perghh..post mortem mmg terbaik bohh..dr.veterinar pun kaloh supo ni.mcm CSI doh ni.hehe..den pun nk tau pnca diaa..

    ReplyDelete