Sunday, 27 April 2014

Iron Supplement

Iron amat diperlukan oleh kambing untuk membina otot dan juga penghasilan darah. Bagi yang lepas meragut/browsing. Risiko parasit juga amat tinggi dan bila kambing dah dijangkiti parasit selalunya akan berlaku anemia. Iron diperlukan untuk merawat anemia. Hanya tahap seriousness yang berbeza. Bila keadaan macam ni berlaku, terpaksa buat treatment course of 5 consecutive days. 1 injection per day and the dosage is based on body weight as per recommendation by the vet or manufacturer/supplier. Repetitive treatment might be required.

Anak kambing yang baru dilahirkan juga kadang kala perlukan suntikan iron. Bagi yang menghidapi jaundice lah. Tapi ada pembiak yang aku kenal jadikan suntikan iron kepada newborn kids sebagai satu SOP. Mostly yang buat SOP sebegini adalah geng fully intensive.

Aku sentiasa ada sebotol injectable iron solution dalam arsenal ubat aku. Ianya antara ubat yang worth having on site. More often than not you will be in a situation where you require this preparation.

Tapi lately aku nak jimat lagi. Kedekut punya manusia. Haha. Jadi aku dah tak inject dah iron ni. Sebab membazir needles and syringes. Jadi aku bagi iron tablet kat kambing aku. Tablets ni aku "pow"  dari isteri aku punya medicine cabinet. Ini stok yang hospital bagi kat dia masa buat pregnancy check up dulu. Masih banyak lagi yang dia tak pakai.

Aku bagi 2 biji sekali telan sehari sekali untuk kambing yang anemic. Sama juga dengan kambing yang bunting. They work just as good.



Dan kalau aku kehabisan stok. Aku hanya perlu pergi ke klinik 1Malaysia. Bayar sehengget dan boleh minta 3 atau 4 kotak iron supplement ni. After all kalau ubat tu tak habis, kakitangan akan buang juga dalam tong sampah bila dah lebih expiry date. Sama macam vaccine FMD kat JPV lah. Bila dah expired, toreh botol dan curah dalam longkang. Padahal belanja lebih dari RM1,000,000 setahun nak beli vaccine tu. Tapi program vaccination tak jalankan 100%. Jadi tak habis lah vaccine tu. Atau terlebih order sebab nak untungkan sesuatu pihak? Atau terlebih order sebab takde bancian setepatnya mengenai bilangan ternakan yang ada dalam Malaysia. Ntah..dah merapu kot aku ni. Karang tak pasal-pasal ada orang JPV sms aku nanti. Hehe.

4 comments:

  1. 'Kedekut punya manusia' Kah kah kah.

    Creative & Cost Effective bro. (Adil)

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha! anok ambo MA,boleh mintok free

    ReplyDelete
  3. Tanda-tanda anemic ni macam mana ya bos?

    Kambing jate ambo pesen supo berair hidung la boh. Tapi sikit jah. Tak teruk. Kadang-kadang, tengok hari ni berair, esok tengok tak berair doh. Tapi luso berair pulok. haha. Buat masa ni ambo buat tak tahu jah sebab napok tak teruk sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanda-tanda minor stress kerana dikurung saya rasa.stress reduces immune system thus making the animal susceptible to cold etc.

      Delete