Thursday, 24 April 2014

Cause of Death

Pening dah aku baca segala macam article pasal paru, jantung dan cecair di dalam paru.. Tapi aku tak boleh pastikan sebab sebenar anak kambing tadi mati. Aku cuma boleh narrow down possible C.O.D.

1. Pneumonia - disebabkan kehadiran cecair yang luar biasa banyak di dalam paru-paru. Tapi pneumonia sahaja tidak menjelaskan tentang cyst-like substance yang ada dalam paru tu.

2. Anak kambing ni dilahirkan dengan jantung yang abnormal. Seterusnya menyebabkan aliran darah yang tidak optimal ke paru-paru. Lalu menyebabkan pengumpulan cecair di dalam paru. Sel darah putih cuba nak pulihkan keadaan ini dan lama-kelamaan menyebabkan kemunculan cyst memenuhi rongga di dalam paru. Benda yang aku cakap seakan lemak berwarna putih.

Penjelasan kedua adalah yang paling munasabah bagi aku. Anak kambing ini mempunyai jantung yang abnormal. Mungkin disebabkan ianya dari kelahiran kembar tiga. Tuntutan nutrisi yang tinggi dari ibunya semasa kehamilan mungkin menjadi penyebab kepada pembentukan jantunf yang kurang sempurna.  Tapi ada juga contraindication nya. Anak kambing ini mempunyai tumbesaran yang above average. Untuk pesakit jantung biasanya pertumbuhan agak slow disebabkan ketidakcekapan sistem tubuh badan.

Aku bukan vet pun. Tapi nak tahu juga apa yang sebenar nya menjadi penyebab kematian anak kambing aku tu.

No comments:

Post a Comment