Monday, 7 April 2014

Lawatan ke kandang Cikgu Mat

Cikgu Mat..nama pun dah cikgu..mestilah cikgu kan..cumanya beliau ni dah pencen lebih 20 tahun lepas. Masih sihat walaupun ada sound problem sikit. Masih mampu perah susu kambing seorang diri dan bottle em up. Production per day 10kg.

Method of farming; semi intensive. Head counts dalam 70 ekor. Baka dairy (saanen, british alpine) cross boer, jamnapari dan katjang. Beliau juga merekod setiap kelahiran, jualan, dan lain-lain walaupun kambing beliau tidak bertag.

Lokasi adalah di Pulau Kundur, area PCB bagi yang kurang arif. Beliau juga ada bela biri-biri dan lembu. Ini otai lama, aku bertanya pernah tak alami masalah bengkak susu dan beliau kata tak pernah. Hairan..dengan tiada tit dip, antiseptic spray and all beliau tak pernah alami mastitis. He must be doing something the right way.

Tujuan aku ke sana nak tengok kot-kot ada anak betina yang nak dijual. Aku dalam fasa expansion sekarang ni. Nak wujudkan colony baru di suatu daerah lain. Jadi amat memerlukan kambing betina. Susah nak cari wei..menunjukkan shortage of supply. Tak ramai yang nak jual..dan ramai juga kandang yang telah kosong. Kadang-kadang orang bertanya kat aku pulak ada nak jual kambing tak.

Balik kepada cikgu mat..beliau melepaskan kambing meragut di atas sebuah private island bersebelahan kandang kambingnya. Beliau bina sendiri jambatan bagi kambingnya menyeberangi sungai paya nipah untuk menuju ke atas pulau tersebut. Sehingga hari ini jambatan usang itu dikenali sebagai jambatan kambing.



Cuma aku sedih sebab tiada anak dan cucu beliau yang berminat untuk turut sama menjaga ternakan beliau. Walhal revenue dari susu sahaja dah mencapai RM160 sehari.

Satu aspek yang aku kagum ialah Cikgu Mat tak pakai handphone, internet, banner, poster dll untuk market produknya. Solely depends on words of mouth. Ini memang satu marketing tool yang paling power dan lebib convincing dari kaedah yang lain. Kambing dia habis dijual. Susunya habis dijual. Tak perlu call orang untuk promote. Sehingga kena gantung signage depan rumah untuk.makluman waktu urusniaga bagi mengelakkan pelanggan adhoc kecewa.

Kambing Cikgu Mat memang hardy, jarang sangat deworm dan dia juga buat selective deworming cuma mungkin dia tak sedar la sebab otai lama mana nak kisah technical term macam penternak baru ni. Dia buat apa yang dia rasa betul, true and tested punya method.

Seingat aku dulu dia punyai lebih ramai kambing, mungkin faktor usia buatkan dia scale down sikit.

Apa-apa pun tak susah nak bertanya hal kambing kepada Cikgu Mat. Suka berkongsi orangnya. Semoga Cikgu Mat terus diberikan kesihatan. Aku agak umur dia dah dekat 80 tahun lah. Bab tu tak berani nak tanya. Takut kita yang muda ni nampak lembik sebab bagi aku dia memang iron man.

4 comments:

  1. Memang otai iron man ni. Must be drinking the goat's milk. hahaha.

    Words of mouth is the way to go. Sebenarnya penternak tak perlu risau bab marketing (for now). Pasaran memang ada, dari daging hingga susu. Nak supply tu yang problem. (adil)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara goat milk dan cows milk. Saya pilih goat milk kerana pasaran yg independent. Tak perlukan unit tenusu nak pasarkan. Very lucrative pricing. High in demand. Low in competition. Smaller start up cost. Easier to manage. Economically feasible even on small scale. Semua ini in contrast dengan susu lembu.

      Delete
  2. Heheheheeee! sapa jugo ECL kat daerah Badang ni.Memang la Cikgu Mat ni famous kat daerah Badang ngan susu kambing ni,ade sorang lagi,Ustaz Soh,dok kat Sek. Keb.Kedai Buloh Satu.20 kg sehari dapat susu.Dia guna British Alpine kata dia pada ambo.Info untuk ECL,kalau2 dia ade nok jual yang betina.Tapi ambo raso susah puak2 susu ni nok jual hok betina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya 2 kali dh ambo gi rumah cikgu mat ni. Memang seorang tuan rumah yg baik hati..tak kedekut ilmu.

      Pesen petang ni keno gi umoh ustaz soh.sambil makan angin di pcb pulok.

      Delete