Hahahaha...hahahaha..hahahahah..hahahaha
Ok habis gelak..hahaha..eh tak habis lagi.
Siapa-siapa yang tengok berita TV1 jam 8pm tadi ada laporan mengenai KPDNKK memberi jaminan tiada kenaikan harga daging tempatan menjelang Ramadhan dan Syawal nanti. Hahahaha..
Lawak kot nak cakap macam tu. Mungkin justification nya adalah penetapan harga siling daging tempatan pada musim perayaan. Maka dengan itu tiada kenaikan harga daging. Bijak memang bijak!
Makcik yang di pasar ditemuramah. Diminta pendapat berkenaan rumors harga daging tempatan akan naik sehingga RM40 per kg. Mengeluh. Sempat juga salahkan penjual.
Pakcik penjual daging juga ditemuramah. Ditanyakan pendapat tentang rumors harga lembu mungkin akan mencecah RM4,000 seekor. Mengeluh. Sempat juga salahkan pemborong.
Aku simpati kepada kedua-dua mereka. Malah aku simpati kepada semua rakyat Malaysia penggemar daging tempatan. Mungkin lepas ni dah tak dapat nak makan daging tempatan.
Apa jadi kepada dasar sekurit makanan negara 2010. Jaminan bahawa pengeluaran makanan asas negara akan meningkat menjelang tahun 2020.
Persatuan Pengguna Negeri Kedah (CAKE) juga dah syorkan kepada kerajaan supaya jangan hanya bergantung kepada lembu import Australia sahaja dalam menangani demand terhadap daging lembu ni. CAKE tak tau ke yang sekarang ni pun memang dah ada import lembu dari Thailand etc selain Australia. Cuma import Thailand lebih mahal berbanding Australia. Australia pula banyak restrictions dari segi penyembelihan dan pergerakan ternakan. Importer yang ada sekarang ni hanyalah satu pihak. Perfectly monopolistic market.
Jumaat malam yang lepas, sempat makan malam bersama salah seorang penting dalam JPV dari Putrajaya, katanya sekarang dah ada cubaan oleh taiko-taiko korporat Malaysia untuk bawa masuk lembu dari Brazil. Baguslah. Pecahkan monopoli Australia, tapi aku kurang yakin ianya doable atas beberapa sebab. Pertama perjalanan jauh, kos sewaan livestock vessel yang tinggi. Dalam dunia ni hanya ada sebilangan vessel yang besar dan mampu harungi gelora lautan dan kapal-kapal ini sangat sibuk kerana jadual charter yang padat. Kapal yang bawa lembu dari Australia sekarang ni masih dikategorikan kecil. Kalau nak dapat economic value from it, kena kapal yang besar, aku kira paling kurang boleh bawa 15,000 ekor baru berbaloi untuk perjalanan sehala. Ya, demand daging negara kita memang tinggi, 120,000-150,000 tan metrik setahun. Tapi kalau daging India masih ada di pasaran, aku rasa susah nak habiskan 15,000 ekor tadi. Lagipun mana nak simpan 15,000 ekor. Semua 59 ladang satelit di bawah skim NFC dah kaput. Ada yang dah bertukar jadi ladang kambing pun. Hmm
Yang kedua, harga. Boleh ke harga lembu dari Brazil menyaingi harga lembu dari Australia. Berbalik kepada perjalanan tadi. Australia punyai kelebihan geografi kerana terletak lebih dekat iaitu kira-kira 8 hari pelayaran. Brazil ni mau makan masa sebulan. Bila total up harga seekor lembu, kos penghantaran, handling, makanan dalam perjalanan (walaupun akan ada advantage dari segi weight gain) masihkan economically viable untuk bersaing dengan lembu Australia.
Yang ketiga, kualiti. Memang tak dinafikan, lembu Australia pun bukannya berkualiti sangat yang paling bagus ialah lembu tempatan, kedua Thailand, seterusnya Australia etc. Kualiti yang aku maksudkan adalah dari segi carcass yield, dressing weight, grading of beef and fat etc. Lembu tempatan paling sedap, hands down. Grass fed since weaning. Thailand dikira OK sebab masih lagi ada unsur grass fed sehinggalah dibawa ke Malaysia bila masuk sistem intensif diperkenalkan kepada concentrate and all. Aussie's, mostly grain fed. Tu pasal fat lining warna kuning, stress factor pun ya jugak, daging dark red, keras, pejal sebab mostly lembu tua, bulls and cows, 400kg average. Heifers and steers jarang orang beli dan sembelih sebab lebih mahal dan kecil sedikit. 380kg average.
Berbalik kepada isu short in supply ni, macam yang aku bincangkan dengan prof Alwi tempoh hari, it's a matter of time before the bubble bursts. Now the thing that we fear the most is about to happen. Inilah bahana tak ambil cakna pasal food security. Tak endahkan nak increase our own SSL. Bila semuanya nakkan yang murah (daging India), bila kita tak breed animals secara betul. Suatu hari lembu akan pupus di negara kita. Jangan cakap pasal Bera nak jadi pengeluar daging negara laa. Tu mainan politik sahaja, mentang-mentang Menteri MOA asal Bera terus nak buat lembah pedaging kat situ. Apple polishing at its best. Baik dari GLC atau dari Kementerian dan Jabatan. Kalau nak jadi..tu haa.. Gemas..it should have been just that long time ago. But 'they' screwed us up.
This is why I told myself to only look after my own food security. Bukan nak jadi sombong dan individualistic. Tapi kerajaan melalui jabatan tak bersungguh nak laksanakan program dalam meningkatlan SSL. Ramai orang kampung nak bela lembu, tapi diberinya lembu pawah dari Australia. Tak ke tercabut otak orang kampung nak bela lembu Australia, dah la liar, makan nak pellet and grain and dried hay, rumput segar taknak makan. Stress factor tinggi, breeding lambat. Last-last sembelih dan jual sebab tak mampu nak jaga. It should have been lembu kampung or LID or Thai Brahman or Myanmar breed. Bukan sebab aku pengimport lembu Thailand/Myanmar Tapi sebab aku tahu these breeds are better suited in our climate. Better than the Aussie counterparts. Sebab aku nak tengok negara kita mampu untuk menyuapkan makanan ke mulut rakyat sendiri tanpa perlu import dari mana-mana pihak. We are talking about cattle here. Bukannya cakap pasal gandum, pasal salmon atau trout.
Takpela, biakkan je mana kambing yang ada. Look after pur own SSL, paling kurang kita tak payah nak keluar duit untuk red meat. Ataupun boleh barter dengan benda lain macam sayur, ikan and all. Biarlah bubble tu pecah, biar orang atasan yang pikir, selama ni pun bukan orang tu pikirkan pasal kita bila took up that cool 250mil.
Biarkan kita dengan kambing-kambing kita.
Nice post bro. Biar celik mata semua pihak.
ReplyDeleteKebenaran memang pahit. Tapi kena ada somebody yang keluarkan. Agar kita semua beringat. Food security mana boleh main main.Jatuh bangun bangsa, negara, tamadun.
Situasi makin genting. Dulu banyak yang gelakkan kita para pembiak. Pandang enteng. Sekarang dah mula kelam kabut baru serius (sikit je tu pun seriusnya).
Memang pecah juga bubble nya nanti ni.
Prepare!
Hebat,Bro!! Ini pandangan dan pemikiran orang yang berpengalaman!! Beeekkkk.....banyakkan kambing kita!!! (Es Emdi).
ReplyDeleteSelagi dok bincang ngan orang politik hancur weee.Putar alam yang tak kan membuah apa2.
ReplyDeletehaha aku juga nak gelak sekali..
ReplyDeleteada polisi, tapi polisi 'taruh dalam laci' sebab tu jadi macam gini.. rasanya, 'payback' pembiak sebenar ni berbaloi atau tak? maksud aku, sekira nya harga kambing dan lembu naik akibat impot kurang, adakah nasib kita sama saja atau akan berubah selepas ini?
I doubt it very much.
Kalau hari2 orang nak makan daging bertambah,tapi outputnya tak bertambah macam mane ye.Mana boleh kalau dah permintaan melebihi penawaran.Hehehehe teori ekonomi we
ReplyDelete