Friday, 11 April 2014

Bodohnya Aku

Sebab aku rasakan bahawa Ivermectin tiada lagi kesan ke atas kawanan aku. Sebab aku rasa parasit di ladang aku dah jadi kebal dan immune terhadap Ivermectin.

Sebelum ini aku dah ceritakan, kawasan browsing bagi kawanan kambing aku majority nya adalah berpaya, berkelembapan tinggi, sangat dipenuhi oleh flukes. Cacing ada..tapi tak serious. Flukes ni boleh buat anak kambing bantut. Tak besar-besar. Miniature. Dan flukes tidak alah kepada racun Ivermectin. Zzzzzzz.

Sebab tu bila aku beralih kepada Albendazole, telah nampak keberkesanannya. Levmisole pun kurang menjadi actually. Hanya Albendazole boleh diharap buat masa sekarang sehinggalah aku temukan dewormer jenih baharu nanti.

Aku terpaksa buat mass deworming untuk anak-anak kambing bagi 5 bulan pertama untuk membenarkan mereka mempunyai fighting chance. Mengikut pemerhatian aku, flukes ni lagi sadistic dari parasit jenis lain. Lagi ganas. Nak-nak kalau musim hujan. Lagi mengganas. Assault by assault ke atas kawanan kambing aku. Albendazole juga tidak membunuh telur flukes. Hanya akan menjadi effective ke atas adult flukes. Jadi harus deworm antara 10 ke 14 hari selama 3 sela masa. Very crucial. Kalau tak..sia-sia sahaja. Have to start over.

Keep in mind..

2 comments:

  1. flukiver boleh cover all stages of flukes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkira nak beli. Tapi mahal sangat dgn lazuli. Saya perlukan seorang salesman yang mantap untuk goreng saya sehingga berubah fikiran..dari tak beli..kepada beli!!

      Delete