Buat masa sekarang, aku tidak menghadapi sebarang masalah. Alhamdulillah.
Kuncinya adalah kambing binatang yang senang beradaptasi. Beri mereka makan apa sahaja dan mereka akan cuba sebaik mungkin untuk memanfaatkan apa yang dimakan.
Kuncinya adalah kambing binatang yang sangat efisien dalam menukarkan bahan yang dimakannya kepada nutrien penting untuk tumbesaran dan pembiakan.
Mengikut pemerhatian aku, kawanan kambing aku tidak menghadapi masalah untuk meningkatkan berat badan mereka walaupun lebih 80% diet mereka adalah rumput. Bukan Napier. Tetapi rumput biasa.
Kuncinya juga adalah garam jilat. Mesti dan harus mengandungi copper untuk kambing yang 100% meragut/browsing. Ini adalah tersangat penting untuk menambahkan lagi kecekapan ruminan dan pertumbuhan otot.
Kerana objektif aku adalah untuk mimic kehidupan kambing jalanan. Betul-betul low cost dengan minimal intervention. Intervention yang dimaksudkan adalah seperti pemberian garam jilat tadi, dewormer, ubatan hanya jika perlu.
Imperfection rules jugak niiii!!!!!
ReplyDelete