Balik dari Myanmar dan Nepal hari tu sebenarnya aku tak betul-betul lagi fokus menjadi pengembala. Terlalu banyak kerja yang tertunggak kerana cuti tersebut. Ini yang kadang-kadang malas nak amik cuti. Sebab balik kena hadap kerja bertimbun.
Jadi baru semalam berkesempatan nak tukar uniform mengembala dan mengeluarkan peluh. Fuhh..panas betul semalam. Dah laa aku selsema. Water intake terpaksa double than usual. Aku rasa lebih 7 liter aku minum semalam. Dalam 6 botol mineral besar tu. Nasib baik tak kena electrolytes poisoning. Hehehe.
Sekarang aku dah buat 2 shift meragut. Shift pertama dari jam 10:30am hingga jam 3:00pm. Shift kedua 3:00pm sampai 5:30pm atau 6:00pm. Masa menjadi semakin singkat. Bagi kambing yanh suka main-main. Laparlah mereka. Adjustment period ni aku observe dalam 2 minggu je..tops..lepas tu tiada lagi main-main. Semua serious cari makan. Aku prefer untuk mereka meragut lebih lama. Makan+exercise. Tapi disebabkan ada 2 kumpulan, iaitu breeders dan jantan untuk jualan. Maka kena buat macam ni lah dulu. Mungkin bakal pindahkan satu kumpulan ke suatu tempat baru. TBA.
Semalam tiada apa-apa menarik. Ada kambing yang cirit. Tapi tak serious. Sebab utama cirit..rumput sekarang menghijau. Seminggu dua lepas ada laa hujan 2 hari. Water reserve dalam tanah mungkin dah replenished balik tu pasal rumput menghijau. Kambing ni makan tak ingat dunia. Took in too much of greens. Tu jadi cirit. Don't need any intervention. So aku biarkan saja.
Semalam juga aku buat retag 2 ekor kambing yang tercabut. Ni dah 5 kali kena ganti tag over all. Ke kena tukar tag yang lagi kualiti? Nak pakai yang dah numbered atau kena tulis sendiri. Tulis sendiri leceh la.
Jumaat hari ni malas nak masuk ladang. Ada kenduri sebelah petang. Kawan seperkambingan juga. Maybe boleh lawat kandang dia petang nanti. Esok lah aku masuk ladang. Hari ni hari untuk anak aku dan diri sendiri. Hari bermalasan.
Thank you prof Alwi sebab terima lawatan aku walaupun timing sampai ke ladang tu maybe kelaut. Thank you sebab belanja dinner. I owe you one. Sila jemput ke Kelantan untuk pulut mangga. Tiada gambar aku bersama prof Alwi. Dah cakap kan aku tak suka bergambar..hahaha.
Wow!!! That is a lot of goats! Mcm prof alwi punye herd dah! Tahniah bro (adil)
ReplyDeleteJaih lagi perjalanan saya bro..nak wujudkan kawanan superkambing ni
DeletePulut mangga? Sodap wehh!! Takpe, nanti ke Kelantan, aku call.
ReplyDeleteLawo kambingnya. Tahniah!