Bercakap dengan prof Alwi semalam. Banyak topik tapi yang paling aku fokus ialah pasal dewormer. Masa mula-mula kidding dulu. Aku masih ingat dapat lebih kurang 40 ekor kambing. Yang survive first 3 months hanyalah 20 ekor. Yang 20 ekor tu pun dah jadi macam ayam serama..kenit-kenit, katik-katik, comel-comel. Serious aku tak tahu kenapa. Masa tu memang tak ada clue. Aku tak buat deworm pun. Sebab terus aje nak get into selective. Kononnya.
Tak boleh..tak boleh..itu yang discuss dengan prof Alwi semalam tu. Sebab parasite concentration tempat aku teramat tinggi. Part of pasture adalah septic pond dari operation lembu fidlot yang dah bertahun. Satu part lagi adalah paya. Satu part lagi adalah kolam sumber air. Sikit sangat yang betul-betul kering. Semuanya lembap dan menjadi lubuk parasite. Flukes and roundworms. Setakat ni takde lagi tanda-tanda tapeworm.
So anak kambing aku walaupun tak keluar meragut lagi, aku dah start deworm pada umur 3 hingga 4 minggu. This is when they are most curious. Semua benda nak masuk mulut. Termasuklah pelet najis dari mak dia yang mungkin dipenuhi telur flukes dan worms. Jadi first defence aku adalah Albendazole dan Levmisole. Heck even I myself take some pills to deworm myself every 6 months.
Aku jarang guna Ivermectin sekarang sebab tak berapa nampak kesan. Hanya baik untuk kutu dan kurap. Cacing kurang berkesan. Prof Alwi pun hairan sebab dewormer ni jenis new generation. Takkan dah ada resistance. Sebetulnya, aku dah mula menggunakan Ivermectin ni dari awal operation lembu lagi. Semua lembu pun aku cucuk Ivermectin. Mungkin sebab excessive treatment dengan dewormer jenis ni parasites dekat ladang dah jadi sort of immune. Salah aku. Dulu susah nak administer oral anthelmintics kat lembu. Bagi aku lagi senang cucuk je.
So sekarang hanya boleh berharap kepada Albendazole dan Lavimasole. Depends on which parasites aku nak target.
Sebagai pembiak, aku rasa ini adalah hurdle paling besar. Nak acclimatize kambing-kambing dengan parasites yang sedia ada. Bukan tak ada top performers. Ada je kambing aku yang tak pernah deworm sejak lahir. Tak pernah selsema. Tak pernah inject antibiotik. Tak pernah kena puru. Tak pernah demam. Cumanya tak ramai yang perfect goats macam ni. Kena ramaikan lagi bloodline mereka yang tahan lasak ni supaya akhirnya kawanan kambing aku menjadi kawanan superkambing yang tahan parasites dan boleh terbang. Ok, maybe not. For that flying part. But that my friends, takes time...and money can't buy that. This is the organically slow and sluggish part of building the superior herd. Nonetheless, it is worth every bit of effort put into.
Kambing ambo tak pernah deworm,tapi ambo 6/7 bulan sekali kena deworm ehehehehe!
ReplyDelete