Thursday 30 January 2014

Swap-Meet

Aku dah mula initiate contact dengan saudara Azim ni sejak beberapa hari yang lalu. Dia ada seekor pejantan Boer yang nak dijual. Harga buka RM1,850. Ehemm..lembu sekor dah tu. Boleh makan 500 orang kalau buat kenduri. Tapi saudara Azim juga bersetuju untuk swap pejantan Boer dia dengan induk pure Saanen. Jadi aku buat keputusan untuk swap kambing aku dengan kambing saudara Azim.  Pagi Jumaat yang mulia setelah mandi sunat. Bergegas lah aku dengan adik aku ke daerah Bachok dengan induk dara Saanen kat belakang kereta.Tak sempat beli nasi berlauk untuk anak isteri aku pun. Punya laa awal turun rumah.

Beberapa hari lepas aku dah MMS gambar induk dara Saanen aku tu. Dia bersetuju. Dalam perjalan aku dah cakap dalam hati, kalau tak jadi swap pun takpe. Aku bawak balik kambing ke ladang. Drive dalam sejam, sampai lah ke kandang saudara Azim. Borak-borak dengan dia baru dapat tau rupanya dia dah nak give up bela kambing Boer dan kacukan local. Alasan utamanya ialah poor return. On further investigation baru tau rupanya dia pakai sistem fully intensive untuk operation Boer dan kacukan local. Target jualan pula adalah aqiqah dan baka. Memang tak tahan laa sebab opex nya tinggi. Revenue pulak tak akan menandingi opex tadi sebab output value yang rendah. Jadi dia amik konar jaun untuk tukar semua breeding stock Boer dan local cross kepada pure Saanen. Of course market susu dan baka sangat menggila sekarang ni. I hope saudara Azim will produce as many kids as possible in the shortest amount of time. Senang sangat nak jual Saanen ni. Harga tu kalau dapat tolak murah sikit pada imported stocks memang cantik aahh.

Bila sampai kat kandang saudara Azim, aku terus unload kambing aku. Dia tengok-tengok. Agak dah puas hati dia bawak aku masuk kandang untuk jumpa dengan pejantan Boer tu. Condition wise..a bit poor sebab selsema lepas tu kat kaki dan ekor ada macam mites infestation. Not too visible though but it is there. Kalau lambat treatment boleh jadi haru ni. Tapi alang dah sampai aku setuju je untuk tukar. As long as body condition ok, ruminating normally, testicle balance, libido tinggi, ok lah. Oh ya kuku kaki dah ala-ala aladdin juga. Umurnya kalau ikut dentition dalam 2 tahun setengah ke 3 tahun. Jadi banyak juga nak kena kerja dengan Boer ni..

Aku punya kambing ok je. Belum breakfast je lagi masa swap tu. Kuku ok sebab free grazing kan. Health condition 10 out of 10. Docile, body condition standard for a Saanen. Siap bunting lagi. Semalam aku dah siap mandikan kambing aku dengan sabun Daia, putih bersih jadi. Sebelum ni tak pernah pun, kuning je warnanya. Selepas borak-borak maka bersalaman lah tuan punya kambing dan berlakulah penukaran yang tak dirancang.

Ini adalah pejantan Boer pertama aku. Aku sanggup tukar pun sebab it is about time to improve the genetic pool of my herd. Mulanya aku plan nak jadi strictly oldskool untuk bela katjang sahaja. Tapi tak bolehlah. Growth rate slow sangat. Umur setahun baru boleh jual. Tu pun takleh nak optimize price. aku fikir kena ada juga selitkan sedikit attribute sang pedaging.

Perjalanan pulang takde incident sangat. Nampak ada cubaan untuk terjun dari kereta, tapi dah ikat kemas-kemas, duduk je la situ.

Sampai rumah je adik aku capai gunting, potong bulu kat peha, maine, hocks and neck. Janggut pun potong juga. Ini janggut panjang bukan lebai pun. Hahaha. Actually aku suka kambing bulu pendek sebab less irritating kepada kambing. Kalau berak melekat tak berpintal pada bulu. Paling penting nampak kemas dan cuci. Same as other goats, this buck will go into our system and be processed accordingly. That haircut was just a preliminary to bigger things that are coming on its way. Deworming, reconditioning, disciplining etc.

All in all, it was a successful swap meet. It was a win-win swap meet for both of us. Aku dapat apa yang aku mahu, saudara Azim pula dapat induk dara Saanen yang hardy, very resistant to parasites dan kalau ikut maternal lineage, akan produce susu on average 1.5 liters per day. I wish saudara Azim  many lucks in his endeavor of becoming a full fledge dairy goat farmer.




2 comments:

  1. Should encourage more swappings....Untuk kawasan N9 and Melaka, I'm available for swapping of Saanen crossed to my Shami crossed. (Es Emdi).

    ReplyDelete