Sunday 27 April 2014

Air Minuman

Tadi ber'whatsapp' dengan Zhafran. Bincang pasal air minuman kambing. Dia bercadang nak pakai air perigi sebagai sumber utama.

Bagi aku, as long as air tu bersih tidak beracun, tidak dicemari secara biological(E. Coli etc), air itu sudah cukup sempurna untuk diminum. Tidak perlu air yang jernih. I need to reiterate, framework pemeliharaan kambing aku adalah untuk mimic kambing jalanan. Jadi jika kambing jalanan hanya minum air di lopak berlumpur dan boleh perform. Maka, kambing aku juga mesti boleh melakukannya.

Di ladang aku, sumber utama air minuman adalah kolam air yang bersambung dengan paya dan sungai. Buat masa sekarang, paya tersebut telah kering dan sumber utama adalah mata air yang ada di dasar kolam itu. Selain itu juga aku ada beberapa kolam tadahan hujan. Tapi sekarang panas sangat. Kolam tadahan pun kering. Sumber lain juga adalah lopak air yang terbentuk selepas hujan lebat. Seperti di jalanan.

Zhafran juga bertanya tentang kegunaan EM di dalam air minuman. Bagi aku, kambing jalanan tak perlukan EM untuk thrive. Jadi kambing aku juga akan ikut sama. Dan aku tak gunakan langsung EM ni. Baik dalam makanan ataupun air minuman. Bagi aku EM ni hanya menaikkan kos. This defeat the purpose of running a low cost operation. Ada yang berkata EM ni banyak gunanya. 1000 guna. Bagi aku EM ni susah nak guna. Kena biakkan la, kena buat semburan la, kena gaulkan la. Paling senang, tak payah guna langsung.

Kalau ada yang kata EM boleh wujudkan fauna dan suasana yang optimum di dalam rumen kambing. Aku kata dedaun dan rumput juga mampu lakukan benda yang sama dengan kos yang minimal. Kalau ada yang kata EM boleh hilangkan bau busuk tinja. Aku kata kalau takut busuk tahi kambing, jangan ternak kambing. Ternak aje kambing plastik. Confirm takde tahi.

OK and good night.




7 comments:

  1. Bro, kalau kambing memang survived on dedaun, adakah perlu supplement berbagai dedak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata tak perlU lgsgung..pun tak kena juga. But at House of Goats..we dont use pelletized feed that much. Sebulan hanya habis dalam RM150 ke RM200 untuk dedak. Hanya untuk ibu menyusu.kambing yg perlukan energy boost.so far Nampak gaya ok. Takde yang underfed. But like I said. Kalau nak 100% browsing/grazing..make sure ada mineral licks that contains copper. Very important.at least in my case.

      Delete
    2. I use one type of pelletized feed..and one type only. Avg consumption about 150kg to 250kg per month for 150+ animals. That works out to be a little more than 50 grams per day per animal. Makes me think...baik tak payah bagi terus kan??

      Delete
  2. Bro, kalau kambing memang survived on dedaun, adakah perlu supplement berbagai dedak???

    ReplyDelete
  3. Salam bos,

    Thanks thanks thanks. Siap buat satu post khas untuk soalan ambo. Terharu rasanya. haha. Saya setuju EM ni hanya menaikkan cost saja. Yang suggest guna EM kalau pakai air telaga tu adalah Pak Faisal. Saya pernah tanya soalan tu kat dia. Tapi biasalah lain org lain pandangan.

    Yang pasal EM utk tinja tu nampak gaya kena pakai juga sbb 'kandang eksperimen' saya ni terlalu dekat dgn jiran. Memang rapat sgt. Rasanya dalam 1-2 meter jah kot dgn rumah jiran. Kita yang bela kambing dan berjiwa kambing ni takda masalah dgn bau kambing. Siap kalau tak bau kambing, tak senang duduk pulak. Tapi utk jiran, mungkin sedikit gangguan. Itu je lah concern saya.

    Nanti lah bila saya dah ada ladang luas macam ladang House of Goat. Yang terpencil dari rumah-rumah org, masa tu EM ni tohok ke laut belaka. haha

    ReplyDelete
  4. Ada soalan lagi. Ini rumput israel kan? http://4.bp.blogspot.com/-pIFydrei970/TfEMhuSLWXI/AAAAAAAAAeg/9Ymze_PTInc/s1600/AsysGang.jpg

    Soalan saya, rumput israel ni termasuk dalam kategori dedaun atau rumput? Tengok rupa dia macam daun. Tapi nama pulak, rumput. Konfius. Rumput ni mudah dpt tempat saya. Nak cerut pun senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak reti sangat bab rumput. Sebab kambing saya lepas meragut/browsing. Knowledge saya pasal rumput ni very limited. Jenis rumput saya tak kenal. Kenal napier jah. Hehe.tapi saya dgr mmg org.pakai rumput israel ni. In large quantities saya tatau apa effect yg ada kepada kambing

      Delete